top of page
  • Writer's pictureChin Ee May

Uncle Kentang Tawar Khidmat Ambulans Dengan Harga Serendah RM1

Updated: Jun 25, 2022

Penulis: Chin Ee May

Penyunting: Chai Matthew


Sumber: Facebook


PUCHONG, 7 Jun - Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) membekalkan perkhidmatan ambulans dengan harga serendah RM1 kepada golongan yang kurang berkemampuan.


Ambulans RM1 merupakan perkhidmatan yang dibekalkan oleh PAUKM dengan sumbangan dana daripada masyarakat. Program tersebut bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang memerlukan kenderaan ke hospital untuk memenuhi temu janji dan mendapatkan rawatan.


Menurut pengasas PAUKM, Encik Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, terdapat ramai pesakit yang tidak mampu membayar sebanyak RM250 setiap kali menaiki ambulans swasta. Program ini adalah untuk membantu pesakit yang berpendapatan rendah.

“Setiap hari, saya menerima banyak permintaan daripada pesakit yang memerlukan ambulans untuk pergi ke hospital. Program ini bertujuan untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah kewangan supaya mereka cuma perlu membayar sebanyak RM1 untuk perjalanan ambulans. Hal ini kerana pesakit yang mempunyai masalah kewangan telah menghadapi kesukaran dalam hidup dan mereka tidak mempunyai wang tambahan untuk membayar perkhidmatan ambulans swasta. Saya juga berharap supaya program ini dapat dilancarkan di kawasan Klang.”


Bayaran antara RM1 hingga RM50 dikenakan mengikut kemampuan pendapatan keluarga pesakit supaya penumpang mampu membayar setiap perjalanan mereka. Dengan itu, pesakit tidak perlu menangguh rawatan perubatan atas sebab masalah kewangan.


PAUKM juga membekalkan pelbagai perkhidmatan percuma untuk mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan seperti van jenazah, perkhidmatan kaunseling, bantuan makanan, kemudahan perubatan, dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.



Ambulan RM1 dan Encik Kuan (kanan) menghantar bayi berusia 9 bulan dengan jangkitan hati yang teruk pulang ke kampung untuk menghabiskan detik-detik terakhir bersama ayahnya.


Sumber: Facebook


“Sebenarnya saya sudah lama memerhatikan perkembangan ambulans Uncle Kentang. Ambulans Uncle Kentang menawarkan perkhidmatan "last ride" untuk menghantar pesakit balik ke rumah atau membantu pesakit dari keluarga miskin yang mempunyai kesusahan bergerak untuk dihantar ke hospital. Walaupun kos untuk mengendalikan ambulans tidak murah, Uncle Kentang hanya mengenakan caj RM1 sahaja," kata Carmen Loo, 42 tahun, seorang pesakit yang pernah mendapat pertolongan ambulans Uncle Kentang.


Wong Ah Yong, 75 tahun, "Saya ingin mengucapkan terima kasih atas pertolongan Uncle Kentang yang dapat membawa isteri saya ke hospital untuk menjalani rawatan dan hanya perlu membayar sebanyak RM1. Pertolongan ini telah meringankan beban saya."


Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan ambulans secara percuma di sekitar Semenyih, bolehlah hubungi talian 03-8065 6666.




314 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page