top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Uncle Kentang Terima 30 Lebih Panggilan Bantuan Setiap Hari

Penulis: Gwee Hui Ching

Penyunting: Choong Wei Hang




Sumber foto: Gwee Hui Ching


Percaya atau tidak Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang terpaksa menerima sekurang-kurangnya 30 lebih panggilan bantuan daripada pemohon yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama pada setiap hari. Daripada panggilan-panggilan tersebut, kakitangan agensi Uncle Kentang akan melakukan catatan berkaitan butiran-butiran seperti maklumat peribadi dan jenis bantuan yang diperlukan bagi setiap pemohon ke dalam sistem komputer.


Bagi bahagian talian hotline pula, setiap kakitangan perlu memegang sebanyak dua simcard untuk menjalankan urusan panggilan bantuan masing-masing. Mereka juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap panggilan bantuan yang diterima dapat dicatatkan dengan segera dan melaporkan kepada agensi Uncle Kentang untuk memutuskan bahawa permohonan tersebut telah diluluskan.


Uncle Kentang memiliki enam buah telefon bimbit secara sendirinya. Nadi Bangi sempat menemubual Uncle Kentang bagi menerokai lebih banyak pengalaman dan peristiwa yang pernah diharungi. Beliau akan menjawab telefon dengan serta-merta tanpa keraguan semasa panggilan telefonnya berbunyi.


“Bagi saya, masa itu emas. Mereka perlukan pertolongan kita, jadi apa yang saya boleh bantu, saya pasti akan tolong. Jika saya tak jawab serta-merta, itu maksudnya saya tengah sibuk pasal urusan lain ataupun ada perjumpaan dalam pejabat, tapi selepas saya selesai, saya akan hubungi balik untuk pastikan tiada sebarang panggilan yang tercicir.


“Kita pun tak berdaya untuk bantu setiap orang sebab terlalu ramai orang yang perlu kita bantu dari pagi sampai malam. Kadang-kala sampai tengah malam pun telefon saya juga berbunyi. Panggilan yang diterima dalam sehari semuanya pasal dengan isu kemalangan, kesihatan, kewangan, serta ibu bapa mereka yang kekurangan upaya pada masa yang sama mereka sudah kehilangan penjaga.


“Jadi tenaga yang negatif ini juga akan datang dengan serta-merta. Oleh itu saya akan menghabiskan semua tenaga negatif ini secara sendiri melalui tidur. Selepas tidur, saya rasa semakin lebih baik, tapi kita tetap akan tolong dengan sedaya upaya supaya menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang perlukan pertolongan,” katanya.


Uncle Kentang juga berkongsi pengalamannya yang kecewa kepada Nadi Bangi bahawa terdapat juga sesetengah individu yang melakukan panggilan palsu yang bertujuan untuk melakukan perbuatan penipuan dari segi kewangan dan peralatan rawatan. Hal ini menyebabkan beliau berasa amat sedih atas perlakuan individu tersebut yang sengaja berbuat demikian sebagai satu kaedah yang tidak baik untuk mendapatkan sumber kewangan dengan mudah dan cepat.


“Mesti berasa sedih dan kecewa sebab agensi ini ditubuhkan untuk bantu orang yang perlukan pertolongan. Jadi kakitangan kita boleh berkesan sesiapa yang buat panggilan palsu kerana apabila suruh mereka beri maklumat penuh macam alamat dan nama semua tu, mereka tak akan berikan sebab mereka cemas dan tidak tahu tentang hal tersebut,” katanya.


Uncle Kentang juga berkongsi satu lagi peristiwa yang paling tidak berdaya dan penuh dengan belas kasihan. Beliau berkata dia sentiasa mencuba sedaya upaya untuk melakukan penyelamatan dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang diperlukan. Namun dunia ini bukannya selalu indah, terdapat juga beberapa masalah yang memang sukar dijangka dan dicapai.


“Saya pernah terima masalah yang sedih dan tidak berdaya nak selesaikan, macam terlalu banyak masalah yang kena dapatkan bantuan. Ada juga kes yang macam anak meninggalkan dunia, tinggal orang tua yang sakit di rumah seorang tapi tak mampu nak bayar kos perubatan,” katanya kepada Nadi Bangi.


Beliau juga menyatakan bahawa peristiwa yang paling terharu adalah semasa sesi temu bual ini dijalankan. Terdapat salah satu panggilan yang terdiri daripada seorang pemohon yang menghidapi kanser tapi dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan hospital yang terlalu mahal. Pada saat ini, Uncle Kentang seolah-olahnya berperanan sebagai seorang bapa yang bercerita lucu supaya dapat menggembirakan suasana sedih dan kecewa dalam situasi tersebut.


“Saya berbuat begitu kerana orang sudah rasa sedih dan hampir putus asa dengan adanya penyakit kanser. Apabila dia ketawa pada masa itu, semua kesakitan telah dilupakan. Melalui cara ini, saya dapat mendatangkan kegembiraan dan menyebarkan tenaga positif kepadanya,” katanya.


Apabila perbuatan tersebut dilakukan, Uncle Kentang telah berjaya mencapai misinya iaitu menyemai kebaktian, kebaikan, dan mengurangkan penderitaan dengan menggabungkan tanggungjawab sosial kepada rakyat Malaysia. Beliau lebih mementingkan kegembiraan dan pemberian pertolongan kepada golongan yang memerlukan pertolongan berdasarkan kemampuan dan keupayaan dia.


Beliau juga memberitahu Nadi Bangi bahawa dia akan meneruskan prinsip hidupnya dengan memberikan pertolongan kepada golongan yang diperlukan selagi dia masih hidup.


“Saya suka memberikan pertolongan dan kegembiraan kepada orang ramai. Apabila mereka gembira, saya pun berasa gembira. Jadi saya akan meneruskan pertolongan dan misi bantuan ini kepada golongan yang diperlukan supaya buatkan saya gembira lagi,” katanya.


Dalam masyarakat kini, kewujudan Uncle Kentang ini memang boleh dikatakan seorang pahlawan Malaysia kerana beliau melakukan kebajikan dan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga memberikan hasratnya bahawa sebagai rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab untuk memajukan lagi negara ini. Oleh itu, kita harus melakukan sesuatu yang baik sebagai satu kewajipan kita terhadap dunia ini disebabkan kita berasal dan berdiri di tanah yang sama.

5 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page