Oleh: Farhan Nasir
Penyunting: Ercy Gracella A
Sumber: Google
KOTA KINABALU, 4 Julai- Tindakan seorang ustaz yang sedang memberikan bantuan makanan sambil memberi tazkirah secara kasar kepada golongan yang memerlukan mengundang kecaman dan kritikan netizen apabila klip rakaman tersebut tular di media sosial.
Klip video yang berdurasi 1 minit yang tular di laman Twitter itu menampilkan seorang lelaki pertengahan umur sedang memberikan bantuan sambil memberikan tazkirah serta soalan-soalan berkaitan agama dengan agak kasar kepada penerima bantuan.
Cara lelaki tersebut menilai penerima bantuan dengan mengatakan ‘tidak solat’ dengan hanya melihat susuk mereka turut menambah kemarahan warga netizen. "Saya nak apa? Saya nak kamu solat saja. Boleh solat? Majoriti tak solat. Abang solat ke bang? Okay, abang baca kepada saya rukun iman berapa? Kamu jangan jawab!" katanya kepada individu lain yang cuba menjawab bagi individu yang diajukan soalan itu.
Selain memberi tazkirah secara kasar dan bertanyakan soalan-soalan berkaitan agama sebelum memberikan bantuan, lelaki tersebut juga dengan bangga dirinya menyatakan bahawa dia seorang guru agama, anaknya seorang hafiz dan ada yang pernah mengerjakan haji sehingga 2 kali. “Saya guru agama bang, ini hafiz Quran ni (menunjuk kepada perakam video). Abang nak suruh dia baca surah apa?"ujarnya dalam video tersebut.
Klip video yang dikongsikan oleh pengacara terkenal rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman di laman Twitter peribadinya itu kini telah mendapat lebih 29 ribu ciapan semula dan 22 ribu likes.
Menurut Nazrudin dalam ciapannya mempersoalkan tindakan lelaki tersebut, “Aku jijik dengan keangkuhan, terutama dari golongan ‘terpelajar’. Orang tengah kebulur, dia boleh bagi syarat kena solat? Kena jawab quiz agama sebelum mendapat bantuan? This is wrong. So so wrong astaghfirullah. Dimana hilangnya ikhlas dan perikemanusiaan?” kata beliau.
Warga netizen juga mengecam dan mengkritik tindakan lelaki tersebut yang seolah-olah memalukan dan menjatuhkan maruah orang yang dalam kesusahan selain riak dan kasar. Malah ada juga yang membandingkan cara lelaki tersebut dan cara Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan dakwah kepada golongan susah.
“Sejujurnya orang macam ni la jadi punca ramai orang bukan Islam tak suka dengan Islam. Golongan macam ni yang buatkan orang nak dekatkan diri kepada Tuhan, terus batalkan niat. Wujudnya orang macam ni la, yang bila kita nak berubah, tak jadi. Sebab orang macam ni!!!!” – Twitter @aamlmrd
“Pak cik. Sy pun pernah bg bantuan. Duit pun duit sendiri dan adik beradik. Hantar rumah ke rumah bukan kumpul ramai2. Paham niat pakcik nak suruh org sembahyang. Saya pun kalau jumpa org, pesan jugak slow2. takde la nak tengking2. Baca Baqarah ayat 263.” Twitter @AhmadShahmi4
“Peliknya cara berdakwah ni dengan pakai microphone tu, mintak orang rakam dia bagi tazkirah tepi jalan macamtu. It doesn’t feel right, I’d feel patronized and ashamed. Ibadah kita bukan tak diterima ke kalau ada sebutir zarah perasan riak pun?” Twitter @wntafbs
“Ust @Ebitlew_ bagi bantuan, tolong org sana sini tak kira bangsa/agama malah sampai ke gaza bantu org. Tak pernah dengar sekali pun beliau tanya macam dia ni. Seorang yg mengeluarkan suatu sedekah, tgn kirinya tidak mengetahui apa yg diberikan oleh tgn kanannya” Twitter @AndriaJRN
Comments