top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Untung Jualan Tidak Sampai RM50, Penjual Sayur Didenda RM1000


Oleh : Sarah Marini

Penyunting : Ain Arifah


Sumber : Limau Manis


KOTA BHARU, 14 Nov — Tular baru-baru ini tentang seorang peniaga sayur warga emas didenda sebanyak RM1000.00 oleh pihak polis gara-gara tidak memakai pelitup muka di sebuah pasar iaitu Pasar Chabang 3 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.


Pengguna akaun Facebook, Jeroong Wia telah memuat naik perkongsian mengenai hal yang demikian dilaman akaunnya, dimana individu tersebut menceritakan tentang nasib seorang pakcik penjual sayur yang hanya mampu memperoleh untung jualan hariannya sebanyak RM50 dan kini terpaksa membayar denda kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Pasar Chabang 3.


Jeroong Wia berkata bahawa pihak polis segera menyerang, menggertak warga emas tersebut secara kasar sebaik sahaja mereka ternampak pakcik tersebut keluar dari pasar yang dikatakan itu dengan motor usangnya.


“Tanpa hiraukan perbezaan darjat usia dan juga tanpa hati budi, pakcik tersebut menerima saman kerana tidak memakai topeng muka yang beranggaran RM1000.00,” katanya lagi.


Perkongsian tersebut semakin tular dilaman Twitter dan tidak dapat dinafikan bahawa ramai netizen yang mengambil berat terhadap pakcik penjual sayur tersebut. Rata-rata netizen bertanyakan tentang keberadaan pakcik yang kini masih lagi belum dapat dikenalpasti secara menyeluruh, lanjutan daripada itu, ramai antara mereka yang ingin menawarkan bantuan kepadanya.


Namun begitu, peristiwa ini juga telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen kerana mereka berpendapat bahawa terdapat double standard dalam kes ini.


“Saman RM1000.00 amatlah tidak wajar, memang tidak dapat dinafikan pakcik tersebut telah melanggar SOP, tapi mengapa hal ini tidak diambil begitu berat apabila orang-orang besar yang melanggarnya?” komen daripada pemegang akaun @HazirulAzraai.


“Nak saman pun agak-agak la, macam tak adil je pakcik peniaga jalanan kena saman, ahli politik takde pun kena ambil tindakan,” komen daripada pemegang akaun Twitter @muhmdibad_.


Para netizen berharap supaya tidak akan ada lagi mana-mana kejadian yang boleh dikaitkan dengan double standard. mereka ingin pihak atasan lebih-lebih lagi pihak polis untuk bersikap adil kepada rakyat tidak kira darjat dan kaum.

13 views0 comments

Коментари

Оценено с 0 от 5 звезди.
Все още няма оценки

Добавяне на отзив
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page