Oleh : Raihan Rahim
Penyunting : Farah A’lia Manan
Sumber: Facebook Ebit Lew
BANGI, 21 Nov – Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri di Semenanjung, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan barangan dapur kepada 250 pemandu bas serta vansekolah yang terjejas sumber pendapatan mereka akibat situasi pandemik Covid -19 yang melanda di seluruh negara.
Pemandu bas serta van sekolah ini tidak mempunyai pendapatan memandangkan cuti sekolah yang panjang akibat pandemik yang berlaku dan lebih menyedihkan apabila PKPB dijalankan di seluruh negara mengakibatkan mereka tidak dapat mencari kerja lain untuk menyara kehidupan.
Susulan itu, mereka mendapat perhatian daripada Ebit Lew mengenai kesusahan yang mereka hadapi dan Ebit Lew terus tampil memberikan sumbangan serta sedikit wang kepada 250 orang pemandu bas dan van demi kelangsungan hidup mereka sepanjang Covid-19.
Ebit Lew meluahkan rasa simpati terhadap pemandu bas dan van yang terkesan menerusi laman Facebook beliau.
“Sayu sebak petang ini bila driver bas dan sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang driver. Saya pack dari Elewsmart tadi. Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja,” tulisnya di laman Facebook beliau.
Ebit Lew berkongsi rintihan pemandu bas dan van ini bahawa mereka hanya mendapat pendapatan selama 6 bulan sahaja pada 2020 ini dan 6 bulan lagi tiada pendapatan dan ada yang mencari pendapatan melalui Grab Food, Food Panda serta ada yang menjual kuih kecil-kecilan bagi kelangsungan hidup sepanjang tahun ini.
“Tengah zaman hari ini nak mulakan perniagaan bukanlah senang. Ya Allah. Syarikat besar pun banyak tutup,” ujarnya lagi.
Menurut Presiden Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif meluahkan rasa syukurnya di dalam satu video temu ramah di laman Youtube oleh pengguna Hairie Abd berkata,
“Alhamdulillah kami mendapat panggilan daripada krew Pertubuhan Kasih Umat Malaysia untuk memberikan sumbangan kepada pemandu dan pengusaha bas sekolah di Selangor. Alhamdulillah kami dapat mengumpulkan dalam 250 orang pemandu.”
Nadi Bangi sempat memetik komen daripada pengguna Twitter @mistaaimanvevo yang menyatakan bahawa orang ramai harus menderma kepada organisasi bukan kerajaan beliau kerana duit yang disumbangkan akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.
“This proved that we need to donate our money to Ustaz Ebit even more. Gembira tengok duit yang kita sumbangkan tu dapat kat orang yang memerlukan,” katanya.
Nadi bangi juga memetik satu komen dari @_mairaman yang turut meluahkan rasa sedih bahawa ayahnya juga merupakan pemandu van yang turut terjejas kewangannya dan juga membuat pekerjaan lain bagi memberi makan kepada keluarganya.
“Ayah saya pun salah seorang pemandu van yang terjejas kewangannya dari segi ekonomi. He struggle a lot untuk bagi we all makan and buat kerja lain,” katanya.
Salah seorang daripada pengguna Instagram yang memegang akaun @adrianedy7 memberi komen kepada @ebitlew “Terima Kasih buat mereka tersenyum ustaz, kita kaya bukan dengan berapa banyak yang kita ada, tapi kita kaya dengan berapa banyak yang kita beri,” ujarnya.
Turut mendapat perhatian ramai apabila Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan kepada 10 daerah di Negeri Sabah dan juga memberi bantuan makanan kepada haiwan yang berada di dalam Zoo Negara baru baru ini.
Hebat sungguh