Nadi Bangi
Ps5 'Sold Out” Bukan Kayu Ukur Ekonomi Malaysia
Oleh : Nabilah Abdul Rahman
Penyunting : Anis Shafeera

Sumber : Twitter Sony
BANGI, 18 Nov : PlayStation 5 yang dilancarkan di Malaysia 11 November lalu telah habis dijual dalam masa satu hari sahaja melalui 'pre-order' kumpulan pertama di laman sesawang rasmi Sony menyebabkan wujudnya perbalahan di Twitter yang mengatakan ekonomi Malaysia kukuh bukan hanya pada jualan laris PS5.
Jualan laris PS5 itu dikatakan laku kerana harga yang ditawarkan oleh Sony itu sesuai dengan keadaan ekonomi sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Harga rasmi yang yang dikeluarkan oleh Sony kepada semua pembeli di Malaysia adalah berharga RM1869 bagi PS5 versi digital dan PS5 pula pada kadar RM2299.
Isu ini mula timbul apabila portal berita Rotikaya memuat naik satu berita “Beratur Panjang Beli iPhone 12 Bukti Ekonomi Bumiputera Semakin Kukuh.” Berita tersebut telah menimbulkan kekecohan seketika di platform media sosial Twitter apabila ada sesetengah netizen mula mempersoalkan adakah kayu pengukur bagi ekonomi di Malaysia hanya melalui jualan iPhone 12 dan PS5 yang laris.
Kemudiannya seorang pengguna Twitter iaitu @aimanpsikologi telah membuat ciapan di akaun miliknya agar jangan menilai kedudukan ekonomi sekarang hanya kepada jualan PS5 yang laku dan habis pada keluaran kelompok pertama di Malaysia.
Nadi Bangi telah memetik komen di akaun Twitter miliknya iaitu “Ps5 sold out ketika pre-order semalam. Jangan pula ada yang buat hujah falasi seperti rakyat Malaysia tak susah atau tertekan mana pun ekonomi, tu PS5 dah sold out, kaya je semua. Buat perbandingan pada golongan yang betul, bukan hanya pada anekdot atau introspektif sendiri.”
Ada juga pihak yang mengecam berita yang dimuat naik oleh Rotikaya apabila seorang pengguna Twitter @fendyzaidan memberitahu bahawa rakyat Malaysia mempunyai 32 juta penduduk dan yang membeli PS5 bukannya seratus peratus dari seluruh Malaysia. Kebanyakannya daripada gamers, orang yang berkemampuan dan golongan T20. Bahkan Sony juga telah mengumumkan 2 tahun lebih awal akan mengeluarkan PS5, maka sudah tentulah ada yang telah menyimpan wang bagi membeli PS5.
Menurut @fendyzaidan “bukannya 30 juta rakyat Malaysia pergi beratur beli sorang satu. 3% pun maybe tak sampai. Iphone 12 dan PS5 bukan kayu pengukur ekonomi negara lagi lagi ekonomi bumiputera. Entah-entah yang ramai beratur ni pun buat personal shopper service.”
Walau bagaimanapun ada juga pihak yang bersetuju dengan kenyataan Rotikaya tersebut bahawa ekonomi Malaysia tidaklah seburuk yang digambarkan kerana jualan PS5 yang ‘sold out’ dalam masa sehari sahaja. Nadi Bangi telah memetik ciapan daripada seorang pengguna Twitter iaitu @MSolehudden “ekonomi bermasalah pun ps5 habis dijual, tahniah rakyat Malaysia.”