Nadi Bangi
VAKSIN MERAWAT COVID-19 DITEMUI
Oleh: Lingesh Kumar
Penyunting: Mathuumitha G.Ragawan

Sumber: ajnn.net
BANGI, 17 NOV - Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menegaskan bahawa ini bukan masanya untuk berasa selesa mahupun berpuas hati, meskipun sudah ada berita positif tentang keberkesanan vaksin COVID-19.
Syarikat yang Berjaya hasilkan vaksin ialah Pfizer, syarikat gergasi farmaseutikal mendakwa ujian lengkap vaksin COVID-19 menunjukkan ia berkesan pada tahap 95 peratus, manakala firma Moderna berkata vaksin dihasilkannya berkesan pada tahap 94.5 peratus.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus melalui kenyataannya pada Isnin lalu memberitahu bahawa pihaknya kini bimbang dengan kenaikkan kes COVID-19 di beberapa buah negara.
Dr Tedros melalui ciapan di laman Twitternya mengakui bahawa vaksin amat diperlukan untuk membendung wabak tersebut. “Sejak permulaan wabak COVID-19, kami tahu bahawa vaksin sangat penting bagi mengawal pandemik itu. Namun, ia adalah penting untuk kita tekankan bahawa vaksin hanya akan melengkapkan alat perubatan lain yang kita miliki, bukan menggantikannya,”.
“Vaksin tidak akan menamatkan wabak COVID-19. Kami masih perlu meneruskan langkah pengawasan, ujian saringan, pengasingan diri dan rawatan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Najman Hedra bin Mohd Faiz Praymadasa, 22, merupakan salah seorang pekerja am bersetuju dengan pernyataan tersebut. “Walau bagaimanapun vaksin berkesan 94.5 peratus tetapi, kesan – kesan sampingan harus dipertimbangkan juga. Seterusnya, bagi saya pengamalan SOP harus dikekalkan walaupun kita mempunyai vaksin untuk membendung COVID-19 ini”.
“Saya sungguh berharap agar vaksin dan juga pengamalan SOP oleh semua rakyat dapat membalikkan kehidupan masyarakat yang sihat dan sejahtera” katanya Najman Hedra.
Selain itu, Encik Mark Jeeva A/L Anthony, Pelajar Doktor Falsafah UKM mengatakan “ ramai orang berpendapat bahawa vaksin ini sebagai satu penyelesian, tetapi sebenarnya tidak.
“Saya rasa proses untuk mendapatkan vaksin ini agak lebih juga oleh itu kita tidak boleh hanya berharap terhadap vaksin maka kita juga harus melakukan setiap langkah yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan banyak agensi -agensi kesihatan yang lain juga.
Encik Mark juga berharap agar setiap rakyat bersedar dengan vaksin COVID-19 ini. “Saya berharap rakyat Malaysia dapat tahu mengenai vaksin ini dan tidak berasa selesa dengan adanya Vaksin ini” katanya.