top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Vape Jadi Pilihan Utama Daripada Rokok

Oleh: Kishan Selvaraju

Penyunting: Keziah Shamma Mahendran


Sumber: Google Image


Baru-baru ini, ramai yang beralih ke rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape, sebagai salah satu alternatif untuk berhenti merokok. Ramai yang mengambil mudah dan berpendapat bahawa vape selamat digunakan kerana hanya mengandungi wap air dan mempunyai pelbagai pilihan perisa yang berlainan seperti buah-buahan tetapi tiada yang sedar kesan di sebaliknya.


Kenyataan ini sedikit sebanyak telah berjaya mempengaruhi orang ramai apabila semakin banyak individu mula beralih arah kepada rokok elektronik sebagai pengganti, selain dikatakan ia lebih menjimatkan berbanding rokok biasa. Keadaan ini bertambah membimbangkan orang ramai terutamanya apabila penggunaanya dalam kalangan remaja di bangku sekolah semakin meluas kerana vape dilihat trend atau gaya hidup yang tidak memudaratkan.


Menurut presiden Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA), Adzwan Ab Manas, terdapat kira-kira 1.12 juta pengguna vape di Malaysia. Selain terdapat juga satu video yang tular pada Mei 2021 yang menunjukkan dua orang kanak-kanak dilihat menghisap rokok elektronik berwarna merah jambu dan menghembus asap putih kemudian menyerahkan vape itu kepada seorang lagi rakannya. Kanak-kanak terlibat kemudian berulang kali menghisap vape itu sambil memberi alasan 'daripada hisap rokok lebih baik hisap vape.'


Tabiat ini berlaku secara berterusan di dalam setiap kalangan tanpa mengira umur dan gender tanpa sebarang kawalan kerana vape telah diperkenalkan dalam khalayak sebagai alat untuk setiap individu berhenti merokok dan ia tidak mempunyai sebarang nikotin yang dapat membahayakan nyawa. Oleh kerana itu, ia berubah menjadi popular dari segi gaya hidup dan mencerminkan jiwa remaja selain menarik minat wanita dan kanak-kanak mencubanya. Tambahan lagi dari faktor rasanya yang sedap tiada pengguna yang mempunyai kepercayaan terhadap kesan sebalik menggunakan vape.


Kesan penggunaan vape tersebut wujud dari cecair yang digunakan dalam vape tersebut, ia merupakan faktor utama yang memainkan peranan dalam menjejaskan kesihatan pengguna vape. Pada April lalu, Datuk Adzwan Ab Manas, presiden Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA) menganggarkan lebih 90 peratus cecair vape yang dibeli pengguna di Malaysia adalah mengandungi nikotin. Tetapi kebanyakan jus vape mengandungi bahan yang dikenali sebagai nikotin mempunyai label yang menunjukkan ‘tidak mengandungi. Nikotin merupakan bahan yang memberi impak kepada otak seseorang terutamanya golongan muda. Penggunaan nikotin akan menjejaskan pembelajaran, daya fokus, mood serta memori seseorang maka ia dapat menjejaskan kehidupan pelajar.


Pengambilan nikotin juga akan melepaskan satu hormon yang dikenali sebagai dopamin yang mana menyebabkan seseorang berasa gembira. Oleh hal yang demikian, kebanyakan masa apabila seorang individu mengalami stres dan tekanan contohnya pelajar ia menjadi pilihan utamanya untuk tujuan perasaan gembira dan ketenangan tanpa sedari kesannya kerana apabila ia diambil secara tidak terkawal kesannya bahan ini akan menyebabkan seseorang berasa ketagih dan menyebabkan ketergantungan terhadapnya dalam setiap situasi.


Cecair nikotin dalam vape juga dikatakan memberikan impak kepada jantung seseorang pada jangka masa yang panjang. Hal ini kerana, penggunaan vape akan menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormon epinefrin dan hormon ini akan menyebabkan jantung seseorang berdegup dengan lebih kencang serta tekanan darah tinggi. Selain daripada itu, ia juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan kanser disebabkan penggunaan vape yang berterusan ataupun juga disebabkan kandungan dalam vape.


Bahan yang tidak terkawal seperti merkuri dan sebagainya merupakan toksik kepada badan dan jika digunakan pada masa yang panjang akan menyebabkan banyak impak kepada organ manusia seperti paru-paru, buah pinggang, hati dan banyak lagi. Selain kepada si perokok elektronik, bahan ini juga memberi impak kepada orang sekeliling. Bahan dalam bentuk asap serta wap juga akan disedut oleh orang sekelilng dan hal ini secara tidak langsungnya membahayakan orang lain.


Secara keseluruhannya, penggunaan vape tidak berupaya untuk menghilangkan ketagihan kerana ia juga menggunakan penggunaan nikotin yang disedut seperti rokok dan juga ia hadir dalam pelbagai bentuk bahan kimia yang tidak terkawal yang mana mengundang kepada variasi kesan sampingan. Seseorang hendaklah memiliki kesedaran bahawa beliau ingin untuk berhenti merokok. Setelah itu, anda boleh untuk pergi ke mana-man klinik kesihatan terdekat iaitu ‘Klinik Berhenti Merokok’. Di situ anda akan diberikan penjelasan berkenaan dengan program berhenti merokok yang merangkumi pakar farmasi, doktor, jururawat, pakar pemakanan dan pakar kaunseling. Anda akan menjalani sesi kaunseling secara berkala bersama dengan pakar farmasi dan juga juru kaunseling. Mengikut tahap ketagihan seseorang, ubat juga akan ditawarkan iaitu Terapi Gantian Nikotin yang hadir dalam bentuk pelekat ataupun gula-gula getah. Selain itu terdapat juga ubat yang tidak berasaskan nikotin iaitu Varenicline.

126 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page