• Nadi Bangi

Varian Baharu COVID-19 Mula Dikesan

Oleh: As Nurul ‘Ainaa binti Awanudin

Penyunting: Shirly Low Shi Li

Sumber: Malay Mail


BANGI, 28 Dis - Kes varian baharu COVID-19 mula dikesan di United Kingdom (UK) pada November yang lalu sudah menular di beberapa buah negara seperti Australia, Denmark, Kanada, Perancis, Itali, Jepun, Jordan, Lebanon, Belanda, Nigeria, Singapura, Sepanyol, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Sweden.


Ia mula dikesan selepas berlakunya peningkatan jumlah kes aktif COVID-19 di ibu kota London dan bahagian timur England.


Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), 6 daripada 10 kes yang dikesan di London itu adalah kes varian baharu COVID-19. Penyelidik genetik mendapati bahawa varian baharu COVID-19 berlaku disebabkan oleh perubahan struktur virus tersebut. Kajian awal menunjukkan bahawa varian baharu COVID-19 lebih senang merebak kepada manusia dan tiada mempunyai sebarang bukti bahawa varian baharu COVID-19 boleh membawa komplikasi kepada orang yang menjangkiti penyakit tersebut.


Kerajaan UK sudah mula mengambil inisiatif untuk menyekat kemasukan antarabangsa sebagai langkah awal dalam mencegah varian baharu COVID-19.


Kerajaan Perancis pada mulanya menyekat kemasukan pendatang antarabangsa di kawasan sempadan United Kingdom-Perancis selepas United Kingdom telah mencatatkan peningkatan jumlah kes aktif COVID-19 serta mengesan kes varian baharu COVID-19. Walau bagaimanapun, kerajaan Perancis membatalkan penyekatan kemasukan pendatang antarabangsa untuk membenarkan kemasukan warga European Union (EU) ke Perancis. Kemasukan itu akan bermula pada 30 Disember ini.


Menurut British Broadcasting Corporation (BBC), kerajaan Jepun sudah menyekat kemasukan pelancong asing daripada negara lain selama sebulan yang bermula pada hari ini. Kerajaan Jepun membenarkan rakyat dan penduduk tetap Jepun untuk pulang ke Jepun dan juga membenarkan orang yang mempunyai urusan penting seperti kerja bisnes untuk masuk ke negara Jepun.


Switzerland telah mencatatkan tiga kes varian baharu COVID-19 di mana dua daripada tiga kes tersebut melibatkan dua warganegara Britian yang menetap di Switzerland. Beberapa minggu yang lepas, ribuan pelancong yang berwarganegara Britian melawat ke Switzerland untuk menginap di resort ski untuk menyambut perayaan Krismas dan Tahun Baru 2021. Switzerland adalah satu-satunya negara Eropah yang masih membuka penginapan ski untuk pelancongan terutamanya pada masa pandemik ini.


Nadi Bangi sempat memetik komen daripada beberapa pengguna Twitter. Antaranya ialah Dr Scott Gottilieb. Beliau mengatakan bahawa vaksin COVID memainkan peranan yang penting dalam membantu mengurangkan penularan penyakit COVID terutamanya pada masa pandemik ini. Kematian yang disebabkan oleh COVID akan meningkat pada bulan Januari ini jika vaksin masih tidak dapat dibekalkan ke seluruh dunia. Kemunculan varian baharu ini telah segerakan keperluan vaksin.


“The Covid vaccine could be a tool to help reduce the impact of current wave of epidemic spread; but we’re largely missing the narrow window we had to deploy it rapidly enough to alter the present trajectory of death and disease in January. The new variant makes this more urgent.”


Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Carlos del Rio. Menurut beliau, vaksin ini harus dibekalkan kepada warga emas yang melebihi 65 tahun dengan segera. Kelajuan untuk membekalkan vaksin ini adalah satu titik utama untuk mengurangkan kes positif COVID dan kadar kematian.


“Agree 100%. Vaccinating as many as possible >65 years old as fast as possible is key to stem the surge in hospitalizations and deaths we are currently experiencing. Where is the sense of urgency? What are we waiting for?


Menurut Thelensofdan, beliau mengatakan bahawa masih terdapat manusia yang melancong ke luar negara walaupun kemunculan varian baharu ini. Varian baharu ini dapat ditular ke seluruh negara dalam beberapa jam sahaja.


“Not sure if this is surprising. They first found this variant not the ago but didn’t talk. about it here until a few weeks ago. World travel spreads disease across the world in just hours.”


Dalam beberapa hari terakhir, negara-negara di seluruh dunia menutup sempadannya ke Britain berikutan pengesanan varian COVID-19 baru yang cepat menular.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa kes varian baharu COVID-19 tidak dijumpai di Malaysia. Namun beliau memberi jaminan kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk terus melakukan ujian penjujukan genom untuk memantau kehadiran varian termasuk varian baharu COVID-19.

2 views0 comments

Related Posts

See All