• Nadi Bangi

Varsity Boys “Tidak Sabar”


Oleh: Muhd Fitri Azman

Penyunting : Hasina Aziz




BANGI, 7 Mac - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan satu majlis khas untuk memperkenalkan jersi serta barisan pemain yang akan beraksi di dalam skuad UKM FC bagi memulakan saingan Liga Perdana musim ini.


Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran kelab penyokong ultras UKM iaitu Varsity Boys.


Varsity Boys ditubuhkan untuk memberikan sokongan yang padu kepada pasukan UKM FC. Kehadiran mereka ketika itu menunjukkan bahawa mereka berasa teruja dan tidak sabar untuk memberikan sokongan yang jitu kepada pasukan UKM FC.


"Kami berasa amat teruja dan tidak sabar untuk memberikan sokongan kepada pasukan UKM FC dalam menempuhi cabaran Liga Perdana yang akan bermula tidak lama lagi. Kami juga telah bersiap sedia dengan pelbagai lagu dan chant untuk bersorak demi menaikkan semangat pemain yang beraksi dia padang." Kata Presiden Varsity Boys, Muhmmad Izzat Hakim (Sarjanamuda Sains Politik,2)


Menurut beliau lagi, Varsity Boys akan terus memberikan sokongan yang padu tanpa mengira penat lelah demi UKM tercinta.


Menurut Saudara Aidid Farhan (sarjanamuda Syariah,2) juga merupakan ahli Varsity Boys, beliau sangat meminati pasukan UKM FC dan tidak akan melepaskan peluang untuk memberi sokongan dengan menyertai pasukan ultras UKM dalam menempuhi liga yang bakal bermula.


" Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk bersama-sama Varsity Boys dalam memberikan sokongan kepada UKM FC sebelum ini. Saya juga akan terus bersama dengan pasukan UKM FC tidak kira apa jua keadaan jatuh mahupun bangun, kami tetap bersama!" Kata Muhamed Syabil (Sarjanamuda Bahasa dan Linguistik,2)


" Semasa saya bermain drum, perasaan saya begitu membara dengan alunan suara ultras yang sangat mengagumkan dan ini membuatkan saya berasa lagi tidak sabar untuk terus memberikan sokongan." Kata Faliq Haziq (Sarjanamuda Pengajian Bahasa Melayu,2)

47 views0 comments