Disediakan oleh: Ashikin Yusri
Penyunting: Arisha Mahazir
Sumber: Twitter
KUALA LUMPUR, 8 JUN : Perutusan Khas Perdana Menteri pada 7 Jun yang lalu telah memberi harapan baharu buat semua rakyat Malaysia apabila diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa negara telah masuk ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).PKPP ini akan berkuatkuasa bermula 10 Jun menggantikan Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat.
Dalam kegembiraan yang kita rasai, tidak lupa juga akan pengorbanan dan penat jerih barisan hadapan yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi menjaga kesihatan rakyat dikala pandemik virus Covid-19 menyerang Malaysia.
Perkongsian video yang dimuat naik di Instagram oleh seorang petugas kesihatan telah dimuat naik semula di Twitter dan mendapat perhatian dalam kalangan pengguna twitter sehingga meraih 34 ribu jumlah retweets dalam masa 16 jam sahaja. Pelbagai kata-kata positif dan ucapan tahniah telah ditulis di ruangan komen.
Video tersebut jelas menunjukkan kegembiraan pada raut wajah petugas barisan hadapan di dimana sekumpulan petugas barisan hadapan bertepuk tangan sambil bersorak tanda memperoleh kemenangan atau kejayaan atas usaha mereka selama ini. Melihat kepada kegembiraan mereka walaupun lengkap bersut PPE, nyata seakan satu kepuasan yang jelas terpancar di riak wajah sekumpulan barisan hadapan itu setelah bergelut dengan penyebaran virus berbahaya sejak bulan Januari yang lalu.Reaksi mereka mengundang perasaan sebak dan sedih kepada warganet yang menonton video tersebut.
Disamping itu, Perdana Menteri juga mengucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada semua barisan hadapan yang berkorban selama ini untuk negara sehingga statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan memperlihatkan kadar jangkitan di kalangan warga tempatan semakin rendah. Mendengar ucapan terima kasih Perdana Menteri kelapan itu didedikasikan buat barisan hadapan negara semalam benar-benar menyentuh hati.
Beliau berkata, “kita telah mengharungi krisis covid-19 hampir 3 bulan, para petugas barisan hadapan dan pasukan keselamatan bekerja siang dan malam tanpa cuti ataupun rehat di hujung minggu.Alhamdulillah dengan langkah-langkah dan disiplin kita semua, penularan covid-19 di negara telah dapat dibendung dengan 80% kes pulih sepenuhnya.Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di atas pengorbanan dan komintmen yang dicurahkan”.
Nadi bangi juga turut membuat tinjaun di Twitter bagi melihat komen-komen yang ditulis oleh warganet.Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa sebak dan ucapan berterima kasih atas usaha petugas barisan hadapan selama ini dan mereka berhak untuk bergembira bagi meraikan kemenangan ini.
“Tidak akan ada bilangan ucapan terima kasih yang cukup untuk semua barisan hadapan.Banyak dugaan dan pengorbanan yang korang dah tempuhi.Saya sangat bangga dan berterima kasih kepada semua. Kalian semua layak untuk menerima anugerah dan penghormatan daripada dunia”, komen yang dipetik dari pengguna twitter yang bernama selenophile.
Selain itu, negara jiran turut merasa bangga dan terharu dengan pencapaian barisan hadapan Malaysia. “ Saya warga Indonesia yang sekarang menetap di Malaysia untuk belajar.Tahniah, aku turut berasa berbangga.Terima kasih kerajaan dan juga petugas barisan hadapan atas tugas dan kerja keras kalian yang hebat”.
Kini rakyat Malaysia harus sedar bahawa betapa besarnya pengorbanan yang dicurahkan oleh petugas barisan hadapan.Jadi, selepas ini rakyat harus bekerjasama meringankan beban yang ditanggung oleh mereka dan sama-sama amalkan norma baharu dengan mengikut SOP yang ditetapkan walaupu PKPB telah ditukar kepada PKPP bagi menjayakan hasrat seluruh warga Malaysia untuk menjadikan Malaysia negara pertama yang bebas dari covid-19.
Comments