top of page
  • Writer's pictureIzzah Atirah

Wajah Baharu Barisan Ahli Jawatankuasa Kelab Mahasiswa MENTION 22/23

Penulis: Nur Izzah ‘Atirah Abdul Rahim

Penyunting: Ainul Salsabila Aidi



BANGI, 5 Julai - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Mahasiswa Mention yang diadakan pada petang tadi telah melantik seramai 16 orang ahli jawatankuasa yang akan menjadi wajah baru bagi kepimpinan Kelab Mention pada sesi 2022/2023.


Menurut mantan Presiden Kelab Mahasiswa Mention, Muhamad Nazeem Bin Mohd Nazri, 23, berkata AGM diadakan bertujuan untuk meraikan perletakan jawatan kepimpinan lama dan melantik ahli kepimpinan baru yang akan memegang Kelab Mahasiswa Mention sesi 2022/2023.


Beliau berkata, seramai 16 orang ahli jawatankuasa telah dilantik bagi menjadi wajah-wajah baru yang akan memegang kepimpinan jawatankuasa Kelab Mahasiswa Mention pada sesi kali ini.


“Segala laporan berkaitan perancangan dan kewangan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk laporan berkaitan program-program yang telah diadakan sepanjang kami mentadbir kelab pada sesi yang lepas,” katanya ketika ditemubual.


Nadi Bangi sempat bertanya beliau mengenai cabaran kepimpinan lepas dalam mengadakan program secara dalam talian semasa pandemik wabak covid-19 melanda negara.


Beliau berkata cabaran utama yang dihadapi adalah kekurangan limitasi kehadiran peserta dan tetamu program secara dalam talian. Namun program-program ini masih berjaya dilaksanakan dengan sokongan serta kerjasama daripada kepimpinan lepas.


“Pada kami ini adalah tanggungjawab dan cabaran yang akan dilalui oleh setiap kepimpinan kelab. Kami juga mengambil tanggungjawab ini sebagai satu cabaran bagi melaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk memberi sesuatu manfaat kepada seluruh ahli Kelab Mahasiswa Mention,” katanya.


Presiden Kelab Mahasiswa Mention, Imran bin Mohd Yusof, 22, berkata kelainan yang akan dibawa pada sesi kali ini adalah untuk mewujudkan lebih banyak program secara fizikal oleh kerana peralihan daripada dalam talian kepada fizikal.


“Dengan adanya program secara fizikal kita akan membuat lebih banyak kolaborasi dengan pihak luar serta fakulti-fakulti lain,” katanya.


Tambahan beliau, harapan pada kepimpinan seperjuangan kali ini adalah supaya kami dapat bekerjasama dengan baik bersama kepimpinan majlis tertinggi serta barisan exco kelab tersebut.


“Saya berharap supaya kami sebagai kepimpinan baru ini dapat bekerjasama dengan baik dalam suasana yang seronok,” katanya.


AGM kali ini telah disempurnakan dengan kehadiran Penolong Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Che Abdullah Che Ya, mantan Penasihat Kelab Mahasiswa Mention, Dr Adnan Pitchan, Penasihat Kelab Mahasiswa Mention sesi 2022/2023, Dr Shamsiah Abd Kadir serta barisan pensyarah Mention.


71 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page