Nadi Bangi
Wanita Bidas Komen Netizen Dakwa Dera Adik Oku
Penulis: Alyaa Zainal
Penyunting: Hazlina Nasa Sutrisno

Sumber: Akaun TikTok @Nelysa Norazlan
KUALA LUMPUR, 10 Dis - Seorang wanita baru-baru ini tular di aplikasi TikTok setelah memuat naik sebuah video membidas komen netizen mendakwa beliau mendera adik lelakinya yang kurang upaya sehingga menyebabkan luka pada seluruh badan.
Menerusi tinjauan wartawan Nadi Bangi mendapati video tersebut merupakan lanjutan dari video sebelumnya yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @Nelysa Norazlan bagi menjawab persoalan netizen mengenai luka pada badan adiknya, Akif, 17, seorang penghidap penyakit sindrom ‘Cri Du Chat’ atau dikenali sebagai sindrom ‘tangisan kucing’.
Dalam video tersebut beliau menerangkan tentang tabiat adiknya yang kerap menggaru anggota badan hingga menyebabkan luka.
Ekoran dari penerangan tersebut, seorang pengguna aplikasi TikTok @Norryyyy_mista telah memberi komen berbaur fitnah dengan mengatakan wanita berkenaan telah mendera adik lelakinya itu.
Video berdurasi hampir 60 saat dimuat naik wanita tersebut telah memjawab dakwaan yang dilemparkan kepada beliau dengan mengatakan beliau tidak akan sesekali pun tegar untuk mengasari adik lelakinya walaupun beliau memiliki personaliti kasar.
Video tersebut telah mendapat 162,200 tanda suka dan 4,500 komen dari netizen yang majoritinya memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan.
Menerusi kapsyen beliau meminta maaf kerana terlampau emosi di dalam video berkenaan dan memohon agar individu yang melempar dakwaan tersebut dapat menjaga kata-kata agar tidak membuat pertuduhan secara semberono tanpa usul periksa.
“Kalau akak baca komen ini, saya minta maaf kalau saya teremosi. Cuma saya harap akak dapat jaga kata-kata akak. Saya pun manusia. Ada hati. Maaf kata-kata saya sedikit kasar. Saya ada banyak lagi masalah hidup. Tapi bila orang tuduh macam-macam. Saya ada hak untuk bercakap” tegas beliau.
Seorang pengguna aplikasi TikTok @Miia mengatakan individu yang sanggup memberi komen berbaur negatif seperti itu merupakan individu yang tidak memahami situasi sebenar kerana tidak mempunyai pengalaman menjaga anak.
“Orang yang tidak pernah jaga budak memang tidak akan faham. Walau kita garang pun, kita tidak akan sampai mendera” ujarnya.
Terdapat juga komen dari seorang wanita @ilaoilao. addicted yang mengagumi cara wanita berkenaan menjaga adiknya kerana beranggapan tidak semua orang sanggup untuk menjaga orang lain seperti ini terutamanya insan yang dijaga tersebut kurang upaya.
“Babe, you nak tahu something tak? I adore cara you treat your young brother. Such as precious sister! Tak semua orang boleh jadi seperti you” ujar beliau.
Seorang lagi pengguna aplikasi TikTok @Nur Rafidah berkongsi pendapat beliau mempunyai adik senasib dengan Akif, 17, dimana kulit sangat sensitif dan kerap menggaru hingga meninggalkan kesan luka. Beliau juga menasihati wanita berkenaan untuk mengabaikan pendapat negatif dari netizen.
“Kak, saya ada adik macam adik akak. Kulit sangat sensitive. Garu sedikit auto jadi macam tu juga kak. Tak apa, biarkan orang cakap apa pun kak”.
Manakala, pengguna TikTok @norryyyy_mista yang melempar dakwaan tersebut telah memadam akaun TikTok miliknya serta merta setelah mendapat kecaman bertubi-tubi dari netizen yang tidak menyokong dakwaan beliau.