top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Wardah kosmetik kembali gegarkan UKM

OLEH : FATHUR REZKY ZULIYUS

PENYUNTING: VANISRI RAVI


Sumber: Pengurus Acara

BANGI, 25 Okt - Wardah Brights Day berlangsung pada 17 Oktober yang kembali mempromosikan produknya di Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM) bertempat di pusat siswazah UKM dan juga di sambut meriah oleh pelajar dan kaki tangan UKM.


Acara ini berlangsung untuk memperkenalkan brand kosmetik wardah yang terdiri daripada lipstik, eye shadow dan lain-lain selain melakukan aktiviti makeup yang diajar secara langsung oleh salah seorang makeup artis yang terkenal.


Wardah merupakan kosmetik yang halal dan setara dengan jenama antarabangsa serta digilai dalam kalangan pelajar mahupun kakitangan UKM kerana kosmetik tersebut tidak mengandungi bahan merkuri seperti kosmetik yang lain.


“Setiap tahun acara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tahun lepas lebih ramai penyertaan kerana yang hadir mencapai 300 peserta namun pada tahun ini cuma 141 peserta sahaja. Apapun secara keseluruhan acara lebih baik berbanding tahun lepas kerana persiapannya sekitar hingga ke dua bulan sebelumnya. Kalau tahun lepas agaknya kurang persiapan. Tetapi dua-dua acara masih tetap berjalan lancar,” kata Lamona yang merupakan salah seorang penganjur Wardah Brights Day.


Selain daripada rancangan bual bicara ada banyak acara lain juga seperti mini make up, beauty class, fun game, dan skin test dimana peserta boleh melakukan pemeriksaan kondisi kulit melalui alat yang disediakan oleh wardah.


“Bagi saya, acara ini sangat bagus dan menarik untuk pelajar ukm terutama pelajar perempuan. Acara ini memberi pengetahuan tentang cara penjagaan muka dan teknik make up yang simple tapi cantik terutama orang seperti saya memang tak pandai bersolek” kata Nurul Adila Binti Zulkipli yang merupakan salah seorang peserta yang mengikuti acara Wardah Brights Day ini.


“Wardah ini jenama kosmetik dari Indonesia tetapi sudah bersaing dengan jenama antarabangsa. Selain itu kosmetik ini juga mengandungi bahan yang halal dan selari dengan gaya terkini”, kata Suci Retno Anggraini, 24, salah seorang peserta.


Wardah kosmetik telah mengeluarkan produk skin care yang diminati ramai bahkan sekarang ia telah dipasarkan di pelbagai negara lain juga seperti Korea, Thailand, dan lain-lain.

43 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page