top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Wardah Taja Pertandingan Vlog Penjagaan Kulit Wajah

Penulis : Nurhasya Azrini Binti Rusman

Penyunting: Alif Afnan Bin Azhary


Sumber foto : Urusetia Festival Wanita Anggun



BANGI, 11 Mei - Syarikat kosmetik Wardah sebagai penaja utama untuk slot ‘Life Routine Skincare x Wardah’ yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta yang mendaftar untuk program ini yang dianjur oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan bakal berlangsung pada 31 Mei 2023 ini.


Slot menarik ini merupakan antara slot yang terdapat dalam Festival Wanita Anggun bertemakan ‘Beauty with brain’ yang turut merupakan sebuah festival yang menekankan kemahiran keusahawanan dan keterampilan peribadi mahasiswi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.


“Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar UKM baik lelaki mahupun perempuan dan jangan lepaskan peluang untuk mendaftar ke slot ‘Life Routine Skincare x Wardah’ dan berpeluang mendapatkan hadiah menarik daripada penaja kami iaitu Wardah,” menurut Ketua Pengarah Program Festival Wanita Anggun, Nor Fazilah Syahira, Pelajar Sejarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan tahun dua.


“Peserta perlu memuat naik satu video berkaitan rutin atau langkah pemakaian alat penjagaan kulit muka menggunakan mana-mana produk Wardah di media sosial masing-masing dan jangan lupa untuk ‘tag’ Instagram PMFSSK dan Wardahbeauty.”


Terdapat tiga slot lain yang turut dijalankan sepanjang festival berlangsung yang turut menawarkan beberapa ganjaran kepada para pemenang.


“Kita ada slot ‘Be Your Own Kind of Beauty, Dress For Success dan slot Superwoman yang akan dihebahkan bermula pada minggu hadapan untuk mereka yang tidak beberapa tertarik ke arah penghasilan video.”


Menurut Fazilah juga, pencarian pengacara dan moderator untuk setiap slot telah dijalankan pada minggu lepas dan ini adalah antara langkah untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.




2 views0 comments

留言

評等為 0(最高為 5 顆星)。
暫無評等

新增評等
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page