top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Warga Emas Didakwa Lemas Akibat Ombak Besar

Oleh : Anis Shafeera

Penyunting : Nabilah Abdul Rahman



Sumber : Anis Shafeera


KUANTAN, 5 Jan : Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas diselamatkan oleh orang awam akibat terjatuh ke dalam longkang sewaktu ombak besar di Pantai Batu Hitam namun keadaan terkini mangsa masih belum diketahui.


Kejadian kira-kira jam 3.30 petang yang hampir meragut nyawa itu berlaku selepas warga emas tersebut hilang arah apabila air laut melimpah akibat ombak besar melepasi tebing Pantai Batu Hitam lalu menyebabkan warga emas yang duduk di tepi pantai tersebut terjatuh ke dalam longkang.


Nadi Bangi sempat menemu ramah salah seorang penduduk yang tinggal di kawasan tesebut juga saksi kejadian, Syed Syafiq, 17, berkata “makcik itu terjatuh ke dalam longkang sewaktu air laut tiba-tiba naik ke pinggir tebing pantai dan seterusnya lemas dibawa ombak”

Sebaik melihat kejadian tersebut, kelihatan orang awam yang lalu di situ bertungkus- lumus membantu menyelamatkan mangsa dan membuat rawatan kecemasan kepada warga emas tersebut sehingga berjaya diselamatkan.


Warga emas yang telah berjaya diselamatkan orang awam tersebut kemudiannya dibawa ke klinik berdekatan selepas dibawa oleh ambulans pada jam 4 petang pada hari kejadian untuk mendapatkan rawatan susulan.


Keadaan banjir yang melanda negeri Pahang semakin membimbangkan apabila seramai 18,300 mangsa banjir daripada 4,750 keluarga kini ditempatkan di 253 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah di negeri ini setakat 11.53 pagi, hari ini.


Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 8 malam tadi daerah yang terjejas akibat banjir ialah Kuantan, Maran, Temerloh, Lipis, Raub, Jerantut, Rompin, Pekan dan Bera manakala PPS di Bentong sudah pun ditutup.


Daerah Maran paling teruk terjejas dengan 4,597 mangsa daripada 1,309 keluarga dipindahkan ke 38 PPS, Kuantan pula dengan 2,330 mangsa daripada 618 keluarga dipindahkan ke 18 PPS, diikuti daerah Lipis dengan 2,529 mangsa daripada 659 keluarga dipindahkan ke 40 PPS.


Menurut salah seorang penduduk yang terjejas akibat banjir, Mohd Razali, 56, berkata “keadaan banjir kali ini boleh dikatakan teruk berbanding banjir pada tahun 2013 lalu, kita semua sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga kerana dijangkakan air pasang besar juga akan berlaku dalam waktu terdekat ini”


Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Negeri Pahang mengeluarkan amaran peringkat kuning (waspada) dengan hujan lebat dijangka berlaku dibeberapa kawasan seperti di daerah Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.


56 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page