top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

WARGA HONG KONG DIHANTUI PENYAKIT MISTERI

Oleh : Farahin Fadzil

Penyunting : Fatihah Roslan

Sumber : South China Morning Post

HONG KONG, 9 Mei – Wabak COVID-19 yang menular di Hong Kong sejak Januari lepas dan masih menular sehingga kini telah menjadikan masyarakat Hong Kong mengamalkan kebersihan diri pada tahap yang tertinggi seperti kerap membasuh tangan serta memakai topeng muka sebagai persediaan dalam menghadapi satu lagi wabak misteri yang kembali menghantui warga Hong Kong walaupun wabak COVID-19 ini belum pulih sepenuhnya.


Wabak misteri ini juga menghantui pakar penyakit berjangkit dari University of Hong Kong, selepas satu lagi kes positif hepatitis E tikus telah dikesan pada bulan April yang lalu selepas wabak ini pertama kali dikenalpasti pada tahun 2018 di Hong Kong.


Penyakit hepatitis E tikus atau dikenali sebagai HEV tikus merupakan penyakit yang bermula dengan menunjukkan simptom seperti demam, penyakit kuning, dan sesetengah kes boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati kepada pesakit yang telah dijangkiti penyakit ini.


Nadi Bangi memetik sumber dari Sinar Harian, seorang ahli mikrobiologi dan juga salah seorang penyelidik di University of Hong Kong iaitu Dr. Siddharth Sridhar sedang di dalam proses membuat penyelidikan mengenai wabak HEV tikus ini sejak penemuan penyakit ini bermula dari dua tahun yang lepas.


“Manusia kini berhadapan dengan ancaman baharu di mana virus dari tikus jalanan ini boleh menjangkiti manusia.“, katanya.


Pesakit pertama di dunia yang dijangkiti penyakit HEV tikus ini merupakan seorang lelaki di Hong Kong berumur 58 tahun yang menjalani pemindahan hati pada dua tahun yang lalu dan rentetan dari kes pertama itu, seramai 10 orang lagi penduduk Hong Kong turut dijangkiti penyakit yang sama.


Terbaharu, seorang lelaki berumur 61 tahun yang berdepan dengan masalah fungsi hati tidak normal telah didiagnosis positif terhadap wabak HEV tikus pada 30 April yang lalu.


Nadi Bangi merujuk sumber dari Sinar Harian, Dr. Siddharth Sridhar menjelaskan bahawa mungkin terdapat ratusan lagi jangkitan yang gagal dikesn diluar sana.


“Bagaimana ia menjangkiti manusia adalah sesuatu yang masih menjadi misteri sehingga kini. Sama ada ia tersebar melalui makanan yang telah dicemari oleh tikus atau sebenarnya yang melibatkan haiwan yang lain.” jelas Sridhar.


Penyakit HEV tikus ini bukan sahaja mampu menjangkiti penduduk di Hong Kong , malah ia boleh juga menjangkiti penduduk di negara yang lain tetapi masalah yang dihadapi sekarang adalah tiada sesiapa yang akan mengambil serius untuk membuat pemeriksaan berkenaan penyakit HEV tikus tersebut sehingga ia menjadi penyakit tersebar dengan meluas dalam sesuatu kawasan.

42 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page