Nadi Bangi
Warga Ipoh Sanggup Beratur Panjang Gara-Gara Tom Yam Goong dan Daging Harimau Menangis
Penulis: Nur Syazwana Abu Bakar
Penyunting: Fitrah Kamaleea Mohd Zam

Sumber: WhatsApp
BANGI, 28 Nov - Baru 24 hari Niase Street food dibuka, kedai makan tepi jalan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai semata-mata untuk merasai kenikmatan Tom Yam Goong dan juga Daging Harimau Menangis yang dikatakan tulen daripada Thailand.
Kedai ini terletak di Ipoh, Perak yang baru sahaja beroperasi sekitar beberapa minggu yang lalu. kedai ini hanya dibuka pada hari rabu sehingga hari ahad pada jam seawal 6 petang di Ipoh Night market. Dikatakan setiap hari pasti ramai yang beratur panjang untuk merasai makanan di situ. Antara menu popular yang mendapat sambutan daripada pelanggan di sana adalah Tom Yam Udang dan juga Daging Harimau Menangis.
“Rezeki Allah, sebab saya pun tak tahu yang video saya akan blooming dan disukai ramai mungkin disebabkan saya punya soundtrack atau voice over, saya percaya ramai yang berminat sebab di Malaysia tak ada lagi orang yang buat tom yam dalam kawah besar sebab kebanyakan diorang akan buat sikit-sikit dan dekat Ipoh ni susah nak dapat tom yam yang sedap pekat likat ataupun tom yam yang betul-betul authentic sangat susah, jadi saya buatlah sendiri.” kata Dania, pengasas Niase street Food Ipoh apabila dihubungi wartawan Nadi Bangi melalui WhatsApp.
Ada juga pelanggan yang tidak berpuas hati kerana tidak sempat menikmati hidangan tersebut gara-gara kehabisan stok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kedai makan berkenaan tidak menang tangan untuk memasak hidangan yang terlalu banyak walaupun dimasak dalam tiga kawah besar namun masih cepat habis. Betapa hebatnya penangan kuasa viral sehingga ramai yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati Tom Yam tulen itu.
“Kadang-kadang bila order tu masuk terlampau cepat, kami tak mampu nak siapkan dengan kadar yang cepat tetapi kami cuba sedaya upaya kami supaya perkara ini tidak berulang lagi. Setiap makanan ni kami custom setiap satu mengikut SOP yang ditetapkan supaya rasa makanan tetap sama walaupun kami menerima order yang begitu banyak.” tambah pengasas itu lagi.
“Dari penang ke ipoh smata nk try tomyam n daging trbaik... Beratur lama pn xpa jnji dapat mkn bnda brbaloi... Insyallah akn repeat lg” Tiktok @Iera Wan Razak.
“semalam saya dah pergiiiii , berpuass hatii even kena beratur panjang. shedapppp, penuh mangkukkk .can repeat thankyou.” Tiktok @Idaaardzy.
Walaupun hanya menjual makanan di tepi jalan, Niase mampu mendapat kunjungan daripada ramai pelanggan setiap hari kedainya dibuka bukan sahaja pelanggan daripada Ipoh, malah daripada negeri lain juga tidak terlepas untuk merasai Tom Yam goong dan daging harimau menangis.