top of page
  • Writer's pictureEzzati Rosli

Warga Kuantan Kembalikan Tradisi Berbuka Puasa Di Padang Tahun Ini

Penulis: Nur Ezzati Binti Rosli

Penyunting: Phuan Kennie

Sumber: Google


KUANTAN, 18 April - Warga Kuantan kini kembalikan semula tradisi berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 setelah dua tahun ditutup susulan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.


Pada setiap tahun di bulan Ramadan, padang tersebut merupakan lokasi utama yang menjadi tumpuan masyarakat disekitar itu untuk berbuka puasa kerana kemudahan yang disediakan seperti bazar dan juga Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad 1) Kuantan yang boleh menempatkan sekurang-kurangnya seramai 10,000 jemaah.


Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, pada kali ini pihak MBK telah menyediakan sebanyak 140 petak di padang tersebut dengan bilangan maksimum 12 orang setiap petak untuk berbuka puasa.


Menurut Encik Hamdan, beliau berasa amat rindu untuk berbuka puasa di padang bersama keluarganya dan itulah saat yang ditunggu-tunggu menjelang bulan Ramadan.

Bagi Nurul Ain pula, berbuka puasa di padang MBK 1 merupakan “port” wajib yang perlu dikunjungi ketika bulan Ramadan untuk berbuka kerana terdapat bazar yang terbesar di Kuantan ini yang mempunyai pelbagai makanan dan minuman yang dijual sebagai juadah untuk berbuka.


“Saya berasa sangat gembira kerana akhirnya tradisi pada setiap tahun ketika bulan puasa ini akhirnya terlaksana juga untuk seluruh warga Kuantan dan juga “port” terbaik untuk berbuka bersama kawan-kawan,” kata penuntut Universiti Malaysia Pahang itu.


Para pengunjung yang ingin berbuka puasa di padang itu haruslah membuat tempahan terlebih dahulu dengan pihak MBK ataupun secara online, tertakluk kepada kekosongan tapak dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Pengunjung juga digalakkan untuk membawa tikar sendiri.


Pengunjung dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan menjaga kebersihan selepas berbuka puasa sebelum meninggalkan petak.


Masa yang dibenarkan untuk tempahan adalah dari jam 6.00 petang sehingga jam 8.30 malam sahaja. Padang akan ditutup untuk kemasukan pada jam 7 malam.

27 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page