top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kahwin Muda Menjadi Pilihan Ramai ketika PKP

Disediakan oleh : Ashikin Yusri

Penyunting : Arisha Mahazir

Sumber :Google​


Kuala Lumpur, 30 Jun : Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang

diperkenalkan oleh kerajaan sejak pandemik Koronavirus (Covid-19) melanda Malaysia, ramai pasangan pengantin mengambil kesempatan ini untuk merancang perkahwinan di usia muda disebabkan tidak perlu menanggung beban kos yang besar kerana jumlah tetamu yang hadir ke majlis adalah dalam kuantiti yang sedikit supaya dapat mengelakkan penyebaran Covid-19 ketika majlis perkahwinan berlangsung.

Perkahwinan itu adalah dituntut apabila seseorang itu berkemampuan dari segi fizikal dan mental tidak kira muda ataupun tua, serta bimbang dirinya akan terjerumus dalam perbuatan dosa dan maksiat.Perkahwinan dalam tempoh PKP mempunyai kebaikan dan kelemahannya tetapi ramai pasangan pengantin yang memandangnya dari sudut yang positif dan tidak menganggap bahawa pendemik ini menjadi penghalang kepada perkahwinan yang bakal

berlangsung.


Wartawan Nadi Bangi sempat menemuramah 2 orang pasangan pengantin yang baru berkahwin dan juga bakal mendirikan rumahtangga. Menurut Nabila Syahira, 22 tahun menyatakan "Pernikahan yang bakal berlangsung ini sebenarnya telah dirancang sejak akhir tahun lepas kerana tiada halangan daripada keluarga kami.Perkahwinan kami diawalkan ketika PKP kerana tiada lagi halangan jarak disebabkan saya perlu belajar secara atas talian serta secara keseluruhannya menjimatkan kos."


Selain itu juga, beliau berpesan kepada orang ramai bahawa pastikan anda betul-betul bersedia dengan membuat perancangan yang jelas, berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik dan matang jika ingin merancang perkahwinan di usia muda dek kerana terdapat banyak halangan yang bakal mendatang dalam perkahwinan.


“Perkahwinan ketika PKP sangat unik kerana situasi perkahwinan itu sendiri yang lain daripada lain.Tidak semua orang mempunyai pengalaman bernikah di pejabat agama tanpa bersalaman dengan jurunikah dan bernikah dengan keadaan memakai penutup mulut serta perlu menjaga jarak sosial.Apa yang bertambah unik apabila majlis resepsi diadakan, hanya keluarga terdekat sahaja dijemput hadir dan makanan diberi secara takeaway” kata Ainul Afiqin, 22.


Katanya lagi, “saya tidak menggalakkan perkahwinan muda namun tidak pula menghalang melainkan mempunyai niat yang jelas dalam mendirikan rumahtangga.Kestabilan kewangan harus diutamakan dalam membuat sesuatu keputusan yang besar seperti merancang perkahwinan.”


Oleh itu, tidak salah untuk pasangan pengantin muda ingin mendirikan rumah tangga mengikut trend ketika PKP ini kerana ia lebih menjimatkan kos lebih-lebih lagi perbelanjaan perkahwinan yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan di masa hadapan namun, kedua-dua pengantin perlu mempersiapkan emosi dan juga mental untuk menghadapi sebarang halangan atau dugaan melanda di masa akan datang agar perkahwinan yang dibina di usia muda itu dapat berkekalan sampai ke akhir hayat.

170 views0 comments

Комментарии

Оценка: 0 из 5 звезд.
Еще нет оценок

Добавить рейтинг
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page