top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

YouTuber Digelar Pengotor Gara-Gara ‘Air Sally’

Penulis: Natrah Laili Abdul Aziz

Penyunting: Nur Syuhada Abdul Jalil

Sumber: YouTube


KUALA LUMPUR, 22 Nov - Seorang YouTuber @nrhwz terima padah serta digelar pengotor oleh netizen di Twitter gara-gara mengejek air yang dikeluarkan oleh kedai kopi Starbucks yang juga dikenali sebagai ‘air sally’.


‘Air Sally’ adalah resepi air Starbucks daripada influencer TikTok yang dikenali sebagai Sallywhoo. Air tersebut telah tular di seluruh cawangan Starbucks di Malaysia kerana kombinasinya yang unik dan menarik iaitu campuran iced vanilla latte, caramel upside down, dan vanilla cold on top.


Namun, seorang YouTuber @nrhzw juga dikenali sebagai Nur Hamira dikecam apabila memuat naik video di YouTube dan mengejek bahawa ‘air sally’ yang tular tersebut tidak sedap, pahit dan membuat reaksi berlebihan memuntahkan balik air yang telah diminum.


Susulan video yang telah meraih sebanyak 341,607 tontonan, satu ciapan telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter iaitu @ainzafiyra yang memuat naik tangkap layar video YouTuber tersebut dan mendapat perhatian netizen Twitter dengan menerima sebanyak 7,176 retweets, 3,107 quote tweets, 12.7k likes.


Aku tk kisah klu kau tk suka air tu skalipun. Tolonglah perangai elok sikit. Tu makanan kot. Perangai tak senonoh betul. Kau nk view naik pun buat content elok sikit boleh tak??? Nyirap pulak

Sumber: Twitter


Ciapan tersebut turut disokong oleh seorang pengguna Twitter @sispls_ yang berkata bahawa YouTuber tersebut merupakan seorang pengotor dari dahulu dan berasa hairan bahawa masih terdapat pengguna yang menyokong.


Dia ni kan memang pengotor dari dulu. Pelik ada juga yang follow dia eh. Content tah apa apa.” - @sispls_


Dia memang macam tu, lama dah. Cakap apa pun, peminat dia ramai je. Haritu dengar dia kena sihir. But now macam dah okay.” - @snizlyn


Dia ni memang dari dulu lagi makan selekeh. Dengan air pun macam ni? Tak hairan luls” - @qianxing_


Menerusi reaksi netizen di Twitter, rata-rata menggelar YouTuber tersebut sebagai pengotor kerana reaksinya yang keterlaluan memuntahkan air yang telah diminum.


Namun, Sallywhoo iaitu pemilik ‘air sally’ menerusi video TikTok kelihatan kekal tenang dalam menangani isu ini dan menyatakan bahawa influencer sosial media dan pencipta kandungan seharusnya membuat konten yang profesional.


To all content creators, youtuber, ke TikToker, instafamous tolong jangan buat konten murahan. Jadi profesional, anggaplah kita sedang bekerja. Create content ini salah satu kerja. Kita kena tunjuk dekat orang kita ni profesional, kita kena tunjuk nilai diri kita ni tinggi! - @sallywhoo


Difahamkan YouTuber tersebut masih tidak memadam video yang dimuat naik di YouTube namun telah nyahaktif akaun Instagram rasmi kerana telah menerima kecaman hebat oleh netizen.

264 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page