top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Youtuber Ditahan Kerana ‘Bunuh’ Teman Wanita

Oleh: Shirly Low Shi Li

Penyunting: As Nurul ‘Ainaa Awanudin

Sumber : Buzzkini

BANGI, 6 Dis - Seorang Youtuber dari Rusia, Stas Reeflay atau nama sebenarnya, Stanislav Reshentnikov, 30, ditahankerana cuba membunuh teman wanitanya, Valentina ‘Valya’ Grigoryeva, 28, tanpa sengaja dalam sebuah rakaman video secara livestream di laman web Youtube.


Stas Reeflay dibayar oleh seorang penonton untuk melakukan aksi yang tidak berhati perut secara livestream di Youtube dengan jumlah wang yang bernilai USD 1000 (RM 4000).


Valya yang kini sedang mengandung dipaksa untuk memakai seluar dalam dan‘berjemur’ dalam keadaan cuaca yang amat sejuk dengan suhu ekstrem bawah 0 darjah Celsius di balkoni rumahnya di perkampungan Ivanovka, Moscow.


Menurut sumber BUZZKINI, Valya telah menutup badannya dengan menggunakan jaket sebelum beliau dimarahi dan dipaksa untuk menanggalkan jaket yang dipakainya itu oleh Stas. Valya akur dan mengikut arahan Stas lalu berdiri di balkoni rumahnya selama 15 minit.


Menurut laporan New York Post, Stas yang sepatutnya memanggil Valya masuk ke rumah menjumpai Valya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Beliau membawa Valya masuk ke dalam rumah dan melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dalam cubaan untuk menyedarkan Valya. Valya masih tidak memberikan sebarang respon. Stas berada dalam keadaan yang panik dan memanggil nama Valya berkali-kali dalam rakaman video secara livestream di laman web Youtube.


“Valya, adakah kamu masih hidup…


“Valya, katakan sesuatu. Saya bimbang.. Saya tidak merasakan degup jantungnya,” kata Stas kepada ribuan penonton yang menyaksikan rakaman video tersebut.


Valya diangkat ke atas kerusi dan diselimutkan oleh Stas lalu menghubungi pasukan paramedik. Malangnya, Valya disahkan meninggal dunia akibat hipothermia di tempat kejadian.


Stasditahan dan akan dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun sekiranya pasukan pakar forensik dapat membuktikan bahawa Valya benar-benar mati disebabkan hipothermia.


Ini bukan kali pertama Stas melakukan perbuatan sedemikian terhadap teman wanitanya dalam rakaman video secara livestream. Stas pernah menyembur penyembur lada pada muka Valya dalam rakaman video terdahulu selepas menerima sumbangan wang daripada penonton untuk melakukan aksi sedemikian.


Nadi bangi sempat memetik komen Ammie Fauziah Os yang mengatakan bahawa kelakuan Stas adalah “gila”.


“Kemarin baca berita seorang youtuber rusia memaksa dan mengunci pacarnya yang sedang hamil di sub zero balcony sampai meninggal karena terserang hipotermia, demi sebuah konten dan itu live streaming...Gilaaaa gilaaa..gilaaa! Asfagfirullahaladzim”.


Seorang pengguna Facebook, Elisha Cash mengatakan bahawa dia amat benci akan media sosial kerana Stas melakukan segala benda untuk mendapatkan ‘likes’ termasuk mendera dan membunuh teman wanita yang sedang mengandung.


“Wow. Anything for “likes” even abusing and killing your pregnant girlfriend. I hate social media. ”


Nadi Bangi juga sempat memetik komen Ruth Riegler yang mengatakan bahawa Stas melakukan segalanya demi klik kerana keinginannya untuk menarik perhatian ramai serta percaya bahawa rakan-rakannya dalam alam maya di seluruh dunia juga melakukan perbuatan yang sama sepertinya,


“He did it for clicks, because it got him a big audience, as it undoubtedly would if his peers worldwide were to do the same. It's a reflection of a world & an age where the weak and powerless like refugees are vilified while the cruel and tyrannical like Putin are celebrated and feted. ”


238 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page