top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Zoo Taiping dan Night Safari Dimeriahkan Lagi Dengan Kebenaran Rentas Negeri

Penulis: Lim Zhi Ying

Penyunting: Nurul Syahira Binti Jais

Sumber: Faacebook

TAIPING, 2 Dis: Keputusan kerajaan memberi kebenaran untuk pergerakan rentas negeri bagi sesiapa yang telah menerima vaksinasi telah memeriahkan kembali destinasi pelancong antaranya Zoo Taiping And Night Safari tidak ketinggalan menjadi tumpuan pengunjung.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai persediaan negara menghadapi fasa keempat dalam tempoh terdekat. Rakyat di seluruh negara kini boleh menarik nafas lega apabila mereka dibenarkan merentas negeri tanpa memerlukan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kecuali mereka yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Bukan itu sahaja, perkembangan ini juga sebenarnya memberikan sinar dalam menghidupkan kembali sektor pelancongan domestik yang terjejas akibat pandemik hampir dua tahun yang lalu termasuk Zoo Taiping. Menurut Harian Metro, Zoo Taiping dan Night Safari dijangka mengalami kerugian antara RM500,000 hingga RM600,000 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari tahun lepas.


“Kemerosotan itu amat ketara dengan kedatangan pengunjung antara 20 orang hingga 60 orang setiap hari," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPT pada ketika itu.


Tetapi dengan kebenaran merentas negeri, penambahan pengunjung pada masa sekarang telah semakin hari semakin meningkat maka membolehkan pendapatan zoo terus dijana.

Kebanyakan pengunjung datang dari luar negeri Perak dan singgah ke Taiping sekaligus memanfaatkan hari cuti untuk beriadah bersama-sama keluarga.


“Dulu saya menggunakan jalan sini tidak akan mengalami kesesakan lalu lintas. Saya rasa mungkin kerajaan membuatkan jalan ini jadikan one-way dan juga memberi kebenaran rentas negeri menyebabkan jalan tersebut sesaklah. Sekarang saya pun tak selalu guna jalan ini pergi bekerja sebab takut nanti saya lewat kerja.” kata seorang penduduk Taiping, Kwek Kian Sheng, 22.


Salah seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Zulazri Ahmad, 39, berkata kebenaran rentas negeri memang dapat memberi keselesaan kepada rakyat kerana dapat bercuti bersama ahli keluarga "Saya mengambil kesempatan ini untuk singgah ke Taiping dan datang ke sini (zoo). Saya dari Kuala Lumpur tetapi disebabkan rentas negeri ingin memohon surat jadi saya tak membawa anak saya masa MCO dan sampai hari ini baru saya datang mengunjung dengan membawa ahli keluarga saya.”


“Saya bawa isteri saya datang sini untuk mengunjung Zoo Taiping sebab sudah lama kami ingin menjejakkan kaki ke zoo tertua Malaysia yang dibuka pada 7 Mac 1964 ini dan sampai hari ini saya baru datang disebabkan kelonggaran daripada kerajaan. Banyak cerita menarik yang kami


10 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page