top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Zul Yahya Redah Hujan Panas Demi Solidariti Buat Palestin

Updated: Nov 10

Penulis: Nur Najwa ‘Awatif Mohd Taufek

Penyunting: Nurul Halida Norniza


Sumber foto: Nur Najwa 'Awatif Mohd Taufek



BANGI, 29 Okt - Pelakon, Zul Yahya, nekad melakukan kayuhan basikal bermula dari Ipoh ke Johor Bahru sebagai tanda solidariti Palestin serta meraih dana untuk Gaza pada baru-baru ini.


Zul Yahya atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya yang dahulu pernah dikenali menerusi drama Pepaya pada tahun 2008 mula mengayuh basikal secara solo sejak 21 Oktober lalu dengan menggunakan salah satu koleksi miliknya yang dinamakan sebagai “roda saga” dan basikal digunanya itu merupakan jenis basikal yang klasik pada zaman dahulu.


Beliau ketika ditemui di Petronas Seksyen 9 Bangi berkata, ini adalah ilham daripada Allah SWT, perkara ini dilakukan untuk mencuba menaikkan semangat solidariti kepada Palestin kerana beliau berasa pada masa kini sokongan kepada pihak Palestin semakin menurun daripada sebelum ini.


“Segelintir rakyat Malaysia yang masih leka membawa naratif yang tidak baik dan prasangka yang tidak baik sedangkan saudara Palestin sedang menghadapi ujian sangat besar dan hebat.


Menurut beliau, sepanjang kayuhan ini Allah telah hadirkan begitu banyak kasih sayang yang Allah aturkan sepanjang perjalanan daripada seusia kecil anak-anak sehingga warga emas datang meraikan kasih sayang yang kita usahakan dan ihsan dibawa.


“Dari segi itu, kita boleh nampak bukti nyata daripada Allah yang Allah tidak mungkir janji bila mana kita membawa perkara yang menyukai Allah SWT pasti dan pasti pertolongan Allah sentiasa ada bersama dengan kita.


“Semasa kayuhan tiada cabaran cuma penat lelah itu hanyalah perkara biasa dan perlu redha, Perkara itu sudah abang bersiap sedia untuk menghadapi malah ia merupakan satu memori yang sangat berharga kerana ketika kayuhan hanya berharap kepada Allah SWT untuk menemani abang sehingga berjaya satu destinasi ke destinasi,” katanya.


Dalam masa itu, Zul juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta keselamatannya sepanjang perjalanan kayuhan basikal ini.


Cabaran ketika melakukan kayuhan itu adalah perkara biasa, beliau sudah berazam untuk melakukan kayuhan ini jadi beliau menerima apa sahaja cabaran kerana beliau sudah berusaha sehabis kemampuannya.


Sepanjang kayuhan secara solo ini, Zul akan membuat siaran langsung menggunakan telefon bimbit miliknya untuk memberitahu kepada penonton mengenai keadaan perjalanannya dan dimana beliau berada.


Kini, difahamkan beliau sudah berjaya pulang ke Ipoh dengan selamat pada tanggal 3 Disember dan di sambut oleh keluarganya di kediamannya sendiri.


Zul juga berkongsi di akaun Tiktok miliknya beliau akan meneruskan kayuhannya ke arah utara dan meminta rakyat Malaysia untuk mendoakan semoga beliau dipermudahkan urusan untuk melakukan kayuhan yang seterusnya setelah kayuhannya ke arah selatan sudah pun selesai.


119 views6 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page