top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

‘Air keruh dan sampah sarap’ bawa tuah kepada Lipstik Hitam

Penulis: Nurul Izzah Tarmezi

Penyunting: Ali Zaki



Sumber: Ahmad Idham



BANGI, 28 Nov - Inspirasi sungai yang tercemar dengan sampah sarap membawa tuah kepada kumpulan Lipstik Hitam apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Peragaan Busana Karnival Konvokesyen UKM.


Ahmad Idham, ahli kumpulan selaku pereka busana kepada Lipstik Hitam berkata, idea menggunakan visual sungai yang tercemar menjadi inspirasi kepada kumpulannya untuk menghasilkan lima busana yang diperagakan oleh lima model.


“Ramai bertanya kenapa sungai yang tercemar menjadi pilihan..Saya terangkan ini adalah kreativiti kami untuk menunjukkan keindahan alam yang telah dicemari,


“Juga, pada busana utama kami cuba untuk menerapkan elemen tercemar itu dengan menggunakan warna air yang keruh serta sampah sarap yang dihiaskan seperti ropol-ropol bunga di busana,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan berkenaan.


Selain itu, kumpulan Lipstick Hitam ini juga menyerlahkan kreativiti mereka dalam membawa kesedaran kepada khalayak ramai dengan memperagakan rekaan busana bersama tiga tong kitar semula.

Pembantu pereka busana Asya berkata, “Gaun yang diperagakan diperbuat sepenuhnya daripada bahan kitar semula,


“Halangan yang kami hadapi adalah kesukaran untuk mengumpul barangan tersebut, kerana sering dicampur dengan sampah basah di dalam tong kitar semula


“Secara tidak langsung ini lagi mendorong kami untuk mencuba sehabis baik bagi menyampai mesej kepentingan menjaga alam sekitar melalui peragaan busana ini terutama kepada komuniti UKM.”


Kumpulan Lipstik Hitam yang terdiri daripada Idham, Asya, Kheiry, Aiman dan Audrey yang mewakili Persatuan Lantera Mas, Kolej Keris Mas dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.


15 views1 comment
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page