top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Atomy Berkolaborasi Bersama UKM Anjur Program Let’s Healing with Facial and Grooming

Updated: Dec 30, 2023

Penulis : Nurul Halida Norniza 

Penyunting : Nur Najwa ‘Awatif Taufek 


Sumber Foto: Nur Umairah Mohamad Saifullah 


BANGI, 23 Dis: Atomy Bangi Golden Circle Center membuat kolaborasi kali pertama bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan mengadakan program Let’s Healing with Facial and Grooming yang diadakan pada 23 Disember lalu bertempat di bilik seminar, Kolej Keris Mas.


Atomy Bangi Golden Circle Center merupakan sebuah pusat pembelajaran pengguna yang menggunakan produk syarikat Atomy Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini memasarkan produk berkualiti tinggi seperti barang keperluan, kecantikkan, kesihatan dan makanan dengan harga berpatutan. Seterusnya, menawarkan peluang menjana pendapatan kepada pengguna menerusi online shopping mall. Produk ini berpusat di Korea dan mempunyai cawangan 27 negara dunia termasuk Malaysia, Jepun, USA, Europe, Turkey, UK, Kazakhstan dan banyak lagi.


Program Let’s Healing with Facial and Grooming ini merupakan program dimana penceramah daripada  produk ini menerangkan tentang keistimewaan penggunaan produk Atomy serta memberi peluang  kepada pelajar menggunakan secara langsung produk tersebut. Di samping itu, penceramah turut  menunjukkan cara-cara yang betul dalam perawatan muka.


Menurut Rosmaria Mohd Sahat atau lebih dikenali sebagai Umi Ros, yang merupakan Center Leader  bagi Atomy Bangi Golden Circle Education Center dan juga penceramah program itu berkata, produk  Atomy ini menggunakan bahan mentah yang sangat berkualiti dan dikilangkan dengan standard  pengilangan teknologi tinggi yang dipaternkan.


“Yang lebih menarik lagi produk Atomy perlu dijual dengan harga rendah untuk kegunaan seluruh  masyarakat. Produk kecantikannya menggunakan bahan alami dan bebas bahan kimia berbahaya. 


“Saya harap agar semua mahasiswa tahu dan faham cara pemilihan produk yang selamat dan tidak  memudaratkan. Tambahan pula, mahasiswa boleh terus menjadi pengguna bijak dengan menjana  pendapatan dengan menggunakan produk keperluan harian,” katanya ketika ditemubual oleh  wartawan Nadi Bangi.  


Umi Ros memilih UKM sebagai tempat untuk menjalankan program ini kerana UKM merupakan  universiti paling hampir dengan Bangi Education Center. Para pelajar boleh medapatkan maklumat  produk atau mencuba sendiri produk di Education Center berhampiran yang terletak di Bangi Gateway. 


Objektif utama Atomy dalam melaksanakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada  para pelajar tentang penjagaan kulit serta ingin memperluaskan lagi pengetahuan produk Atomy  kepada umum.  


“Semua kita adalah pengguna. Kita boleh jadi pengguna bijak dengan mengurus perbelanjaan harian  yang berkualiti pada harga berpatutan seterusnya berpeluang menjana pendapatan keluarga. Bagi  penjagaan kulit pula memerlukan pendedahan awal pentingnya pemilihan produk yang selamat dari  bahan kimia berbahaya. 


Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para peserta dan membuatkan Umi Ros terharu  akan komitmen yang diberikan. Seramai 28 pelajar yang menyertai program ini mendapat  pengetahuan yang baru tentang penjagaan kulit.  


“Saya rasa sangat terharu dengan komitmen dan sambutan peserta dalam sesi ini. Semua objektif  untuk memberi kesedaran, pengetahuan dan praktikal kemahiran asas penjagaan wajah telah pun  berjaya disempurnakan dalam program ini,” katanya.

  

Umi Ros juga menasihati para pelajar UKM agar pemilihan rutin penjagaan kulit kini menentukan  keadaan kulit anda pada masa akan datang. Jadi pengguna bijak dengan melihat sendiri bahan,  teknologi dan harga produk supaya bukan sahaja mengelakkan mudarat malah sekaligus berpeluang  menjana pendapatan keluarga.


69 views2 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page