top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bantal Busuk Perangkap Kuman dan Bakteria

Oleh : Ang Xin Yi

Penyunting: Amni Amirah Mohd Afandi


Sumber: Google

Rata-rata orang pasti mempunyai bantal atau patung kesayangan yang tidak boleh dipisahkan sejak kecil walaupun telah bergelar dewasa. Menurut Travelodge, mempunyai kajian menyatakan sebanyak 35 peratus orang dewasa British tidur bersama patung ataupun bantal kesayangan. Ia digelar sebagai “comfort object”. Tetapi, adakah anda tahu bahawa bantal busuk yang menemani anda sepanjang masa menyimpan banyak bakteria dan kuman?


Tidur Bersama Bakteria


Menurut Dr. Arthur Tucker, selaku profesor dan peneliti asal College of Agriculture and Related Sciences, beliau telah menyatakan bahawa bantal merupakan salah satu penyumbang virus terbesar di dalam rumah. Alas tidur yang tidak dibersih pada masa yang panjang akan menyimpan beragam serangga kecil seperti tungau, kotoran dan debu yang akan menyebabkan penyakit kulit. Beliau telah mengatakan bahawa bakteria ini biasanya berkembang biak jika berada di dalam ruangan lembap dan tertutup.


Seterusnya, beliau juga berkata terdapat 1/3 bakteria dan virus dalam bantal yang lama digunakan. Virus dan bakteria ini akan mengakibatkan seseorang menjangkiti gangguan saluran pernafasan dan akan menyebabkan kita mengalami selsema dan batuk dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, apabila bantal kita tidak dibersihkan, kita mudah diserangi oleh alahan hidung ataupun disebut allergic rhinitis.


Lebih 1 Juta Staphylococcus Dalam Bantal Lama

Menurut artikel Glitzmedia.co, Dr.Arthur telah menjalankan ujian kepada beberapa bantal yang telah terpakai selama beberapa bulan. Dengan ujiannya, terdapat lebih dari 1 juta bakteria jenis staphylococcus yang berbentuk bulat serta bergerombol seperti sekelompok anggur yang ditunjukkan di gambar atas. Virus ini akan menyerang sistem imunisasi seseorang dan menyebabkan anda merasa lemas dan mudah diserang penyakit lain.


Selanjutnya, Dr.Artur juga menemukan terdapatnya satu bakteria yang dinamakan Escherichia Coli atau disingkat sebagai E.coli dalam bantal yang lama diguna. Seseorang yang dijangkiti oleh virus ini akan mengalami masalah pencernaan, seperti susah buang air besar, sakit ketika buang air kecil dan mungkin akan mengalami kerosakan pada usus besar manusia.Bakteria ini berasal dari mana saja, termasuk titisan air mata seseorang.  Oleh itu, untuk mengelakkan kita diserang oleh virus-virus yang dinyatakan, kita seharusnya mencuci bantal ataupun membeli bantal yang baharu untuk digantikan.


Cara Penjagaan dan Pembersihan Bantal


Penyakit dan bakteria yang disebutkan di atas sebenarnya dapat dicegah dengan cara pembersihan yang betul. Melalui artikel The Asian Parent Malaysia, ia telah menyatakan bahawa bantal boleh menyimpan banyak debu, sel-sel kulit mati dan juga bakteria. Semasa tidur, kita juga akan berpeluh atau meninggalkan air liur di atasnya dan menyebabkan bakteria membiak di atas bantal. Oleh itu, kita perlu mempunyai cara penjagaan bantal yang betul. The Asian Parent Malaysia juga membekalkan beberapa cara penjagaan yang efektif kepada pembaca iaitu bantal pengisi sintetik standard boleh dibasuh dengan mesin basuh 2 hingga 4 kali setahun. Sekiranya bantal anda adalah bantal memory foam, ia tidak sesuai untuk dicuci dengan mesin basuh dan memerlukan cara basuh khas. Seterusnya, memastikan bantal yang dibasuh dikering dengan sepenuhnya dan jika menggunakan mesin pengering, boleh mengulang beberapa kali untuk memastikan bantal dikering dengan sempurna. Sarung bantal juga perlu dicuci sekali seminggu, sekiranya mengesan bahawa sentiasa bersin atau selsema, maka kita perlu membasuh sarung bantal dan bantal lebih kerap.


Bantal yang digunakan seharusnya perlu dicuci sekali dalam 1 hingga 3 bulan. Menurut lamab web Das Abdul Global, ia telah membekalkan cara mencuci bantal yang tidak merosakkan bantal seperti yang berikut:


  1. Masukkan bantal ke dalam mesin basuh yang dicampurkan dengan detergen ringan dan hangat.

  2. Membilas bantal dengan air yang bersih sebanyak dua kali untuk memastikan detergen tidak tertinggal di atas bantal

  3. Mengeringkan bantal dengan sepenuhnya untuk mengelakkan berbau. Seterusnya, menjemurkan bantal di bawah matahari ataupun menggunakan mesin pengering dengan suhu yang rendah.

Dengan cara-cara yang diberikan, kita boleh memastikan bantal yang mengiringi kita adalah bersih dan tiada kuman dan bakteria yang akan menjejaskan kesihatan kita. Jangan mencuci sarung bantal sahaja kerana bantal juga akan menyimpan debu dan habuk yang tidak diingini.


Jika anda tidak ingin dijangkiti oleh bakteria yang disebutkan di atas, bermula pada hari ini, kita perlu rajin mencuci bantal. Walaupun tindakan ini mungkin akan menyebabkan anda tidak dapat tidur lena tanpa baunya, tetapi jangan lupa , “harumnya” bantal busuk anda, banyak kuman yang mengiringinya.

152 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page