top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Berbaloikah Pembelian Dalam Talian Sempena Jualan Besar-Besaran?

Oleh: Wong Sze Wen

Penyunting: Rafidahtul Aqilah Seri Lanang


Sumber: Tularr.com

Jualan dalam talian Alibaba mencatatkan jumlah sebanyak RMB 268.4 bilion atau RM 158.74 bilion sempena 11.11 pada 11 November yang lalu. Jualan yang dibuka dalam tempoh masa 1 minit 36 saat mencapai jumlah jualan sebanyak RMB 10 bilion atau RM 5.91 bilion. Malaysia menduduki tangga ke-7 bagi jumlah perbelajaan tertinggi dalam jualan 11.11 ini.


11 November merupakan Single day yang meraikan golongan yang tidak mempunyai pasangan. Jualan hebat yang diadakan dalam laman web Taobao merupakan suatu idea yang di cetus oleh Jack Ma. Jack Ma merupakan seorang usahawan Cina yang berasal dari Hangzhou, Zhejiang, China. Beliau merupakan pengerusi eksekutif kepada Alibaba Group iaitu organisasi perniagaan berasaskan Internet yang berjaya. Dengan kejayaan yang diperoleh Jack Ma tersebut, banyak aplikasi serta kedai-kedai telah mengikut jejak beliau seperti aplikasi Shopee, Lazada dan banyak lagi. Jualan ini akan diadakan setiap tahun pada 11 November. Pada hari tersebut kebanyakan orang akan berpusu-pusu membuat pembelian agar mereka tidak ketinggalan maka dengan itu kedai serta aplikasi jualan atas talian akan mengalami peningkatan jumlah jualan yang jauh lebih tinggi dari hari biasa. Selain daripada 11 November pada 12 Disember juga terdapat jualan besar-besaran yang dibuat oleh kedai serta aplikasi jualan atas talian. Apabila tiba dua tarikh keramat ini kebanyakan orang ibarat terkena rasukan histeria untuk membeli terutamanya jualan atas talian yang hanya terletak di hujung jari sahaja.


Persoalannya, adakah perbelajaan yang dibuat itu sederhana? Ramai pembeli sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk membuat pembelian pada hari tersebut. Aplikasi Taobao menawarkan banyak barangan yang menarik seperti baju, barang keperluan seharian, alat elektrik, dan sebagainya. Malah harga yang ditawarkan juga lebih murah jika di bandingkan dengan harga barangan di negara kita. Pengguna yang sangat mudah dalam mendapatkan barang yang menjadi keinginan seseorang boleh di dapati dalam aplikasi tersebut. Proses pembelian juga senang digunakan di mana pengguna hanya perlu memilih barang yang menjadi pilihan hati dan seterusnya memasukkan ke dalam “troli pembelian” untuk membeli. Justeru itu, kebanyakan pembeli telah memasukkan barang yang diingini ke dalam “troli pembelian” sebelum jualan besar-besaran bermula lagi. Apabila tiba pada hari tersebut mereka hanya membuat transaksi dalam melengkapkan pembelian mereka.


Mengapa Perlu Membeli Pada Perayaan Membeli?


Semasa hari jualan berlangsung, Taobao akan menyediakan banyak diskaun kepada pembeli. Sebelum itu, pembeli juga sudah mula mengumpul baucar untuk digunakan pada hari kejadian. Baucar-baucar ini dapat menjimatkan duit para pembeli maka ia telah menarik minat pembeli untuk membuat pembelian pada hari tersebut. Selain itu, hampir setiap kedai serta barangan akan mendapat diskaun serendah RMB 3 atau RM 1.77 hingga RMB 5 atau RM 2.96 setiap barang ketika jualan berlangsung. Walaupun jumlah diskaun itu tidak banyak, tetapi ia merupakan satu teknik bagi menarik minat pembeli.


Terdapat tektik lain iaitu jika pembeli membuat bayaran sebanyak RMB 200 atau RM 118.29 maka pembeli akan mendapat diskaun sebanyak RMB 20 atau RM 18.30 dan pembelian sebanyak RMB 400 atau RM 236.58 pembeli akan memperoleh diskaun sebanyak RMB 40 atau RM 23.66. Hal ini telah menyebabkan pembeli membuat pembelian yang banyak sehingga mencapai syarat untuk mendapatkan diskaun. Pihak Taobao juga memberikan baucar yang terhad iaitu pembelian RMB 1111 atau RM 657.09 akan menerima diskaun sebanyak RMB 555 atau RM 328.25 kepada pembeli. Pembeli hanya perlu masuk ke aplikasi pada masa yang ditetapkan dalam merebut baucar itu.


Setiap pembelian akan dikenakan kos pembayaran di mana kos penghantaran adalah berdasarkan berat barang yang dibeli. Tetapi pihak Taobao menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma kepada produk-produk tertentu seperti alat elektrik serta perabot. Hal ini telah menarik minat pembeli kerana pembeli dapat menjimatkan kos penghantaran yang tinggi kerana barangan tersebut kebanyakan adalah daripada China. Selain itu, pihak Taobao juga bekerjasama dengan beberapa bank di Malaysia seperti RHB bank dan Maybank iaitu dengan menggunakan kad kredit dalam proses pembelian yang sedikit sebanyak menjimatkan kos yang di kenakan ke atas proses pembayaran dalam talian. Perkhidmatan ini hanya terhad kepada beribu pengguna terawal sahaja. Oleh itu, orang ramai berpusu-pusu untuk melakukan transaksi pada masa tersebut. Hal ini telah membantu pihak Taobao memecah rekod dalam masa yang singkat.


Adakah Pembelian sempena Perayaan Membeli berbaloi?


Disebabkan oleh diskaun yang banyak, ramai pembeli akan membuat perbelajaan terutamanya ketika jualan besar-besaran ini. Akan tetapi, adakah semua perbelajaan ini berbaloi? Ramai pembeli membuat perbelajaan tanpa menyedari jumlah wang yang telah digunakan. Apa yang mereka kejar hanyalah diskaun yang tiada bezanya pada hari biasa.

Disebabkan pembelian ini sangat memudahkan, pembeli hanya perlu memilih dan membuat transaksi sahaja untuk melengkapkan pembelian. Pembeli dapat memasukkan apa sahaja yang mereka suka ke dalam “troli pembelian” dengan mudah dan cepat. Dalam masa yang sama, mereka tidak menggunakan masa yang panjang untuk mempertimbangkan kegunaan barang yang dibeli. Mereka membeli hanya kerana harga yang murah dan hanya mengikut gerak hati.


Sebelum melakukan pembelian, terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, adakah barang yang dibeli akan diguna ataupun membeli kerana harga murah? Semasa kita tidak menggunakannya selepas membeli, ia akan menjadi satu pembaziran. Oleh itu, tiada gunanya walaupun harganya murah. Pembeli perlu membeli barang keperluan dan bukan barang kehendak untuk mengelakkan pembaziran.

Selain itu, masa penghantaran juga akan menjadi lebih panjang sempena jualan itu. Hal ini disebabkan oleh terlalu ramai pengguna membeli dalam masa yang sama. Syarikat penghantaran memerlukan sumber manusia yang banyak untuk menghantar bilangan bungkusan yang banyak. Oleh itu, pengguna akan menunggu masa yang lebih panjang untuk menerima bungkusan. Sebagai contoh, pembeli perlu menunggu selama 1 bulan untuk mendapat bungkusan semasa jualan membeli tetapi hanya perlu menunggu 2 minggu untuk mendapat bungkusan pada masa lain.


Di samping itu, pembeli mungkin akan mendapat bungkusan yang salah yang disebabkan oleh terlalu banyak pesanan yang perlu di kendalikan oleh peniaga. Peluang mengalami masalah ini akan meningkat jika membeli pada jualan ini berbanding membeli pada hari biasa. Ada kemungkinan besar akan tertukar bungkusan dengan pembeli lain. Kejadian ini akan bergantung kepada nasib seseorang.


Kesimpulannya, jualan besar-besaran ini merupakan satu teknik untuk menarik minat pembeli dalam membeli barang daripada pihak peniaga. Perbelajaan masyarakat dapat meningkatkan pendapat pihak peniaga. Oleh itu, masyarakat diminta membuat perbelajaan dengan bijaksana. Walaupun jualan ini menawarkan diskaun yang banyak, tetapi perbelajaan yang keterlaluan amat tidak digalakkan. Pengguna disarankan membuat perancangan sebelum melakukan pembelian untuk mengelakkan pembaziran. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan diri daripada menyesal kemudian hari kerana barang yang di beli tidak digunakan.

81 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page