top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Cover Terbaharu Lasykar Haura Cecah 2 Ribu Tontonan

Oleh : Dina Syafiqah Mohd Zan

Penyunting : Fath Abu Bakar

Sumber: Instagram Lasykar Haura


BANGI, 5 Dec - Cover terbaharu lagu Safiyyah versi wanita nyanyian kumpulan nasyid Lasykar Haura Kolej Rahim Kajai kini mencecah 2 ribu tontonan di akaun rasmi youtube mereka dalam masa kurang dua minggu.


Video nyanyian cover mereka itu juga telah mendapat pujian dari kumpulan nasyid Darwish yang merupakan penyanyi asal lagu tersebut. Rata-rata komen yang diberikan sangat positif dan memuji nyanyian mereka.


Kumpulan nasyid Lasykar Haura yang ditubuhkan pada awal 2019 ini merupakan satu lagi kumpulan nasyid wanita yang ada di UKM dimana pada awal penubuhan hanya seramai 11 ahli sahaja dan kini semakin mendapat sambutan dari pelajar baharu menjadikan jumlah ahli seramai 17 orang termasuk ahli baharu.


Baru-baru ini, uji bakat pencarian ahli baharu Lasykar Haura telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar baharu yang meliputi pelajar dari semua fakulti. Walau bagaimanapun, hanya 6 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai kumpulan nasyid ini daripada 27 peserta yang menghantar borang uji bakat.


Sambutan dan penerimaan dari pelajar-pelajar baharu dalam Lasykar Haura begitu baik dan kesemua ahli baharu sangat rajin dan bersemangat dalam terus menonjolkan bakat mereka melalui Lasykar Haura.


Nadi Bangi juga sempat menemu ramah Pengurus Lasykar Haura iaitu, Nurul Nadhirah Ayob, 22. “Peringkat awal pemilihan ahli baharu Laykar Haura seramai 15 orang terpilih dan mereka diminta untuk menghantar video nyanyian mereka. Selepas saringan pertama lulus, mereka yang terpilih akan membuat persembahan nyanyian secara live melalui google meet”.


“Sebagai pengurus, saya meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka semua kerana tujuan utama penubuhan kumpulan nasyid ini adalah untuk menyampaikan dakwah melalui nyanyian”.


“Sepanjang penubuhan kumpulan nasyid ini, pelbagai cabaran yang perlu saya lalui tetapi atas sokongan pihak pentadbiran KRK dan bantuan dari pengurus Lasykar Khaleefa membuatkan saya rasa cabaran itu bukan satu halangan untuk saya terus serlahkan bakat ahli-ahli Lasykar Haura”.


Tambah beliau lagi, “Setakat ini pencapaian Lasykar Haura yang cukup membanggakan saya ialah cover lagu Safiyyah di Youtube dimana telah mencecah sebanyak 1 ribu tontonan dalam masa kurang dari 24 jam, dan bagi saya untuk video cover pertama pencapaian ini cukup membanggakan saya”.

150 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page