top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

COVID-19 : HARGAI PENGORBANAN BARISAN HADAPAN NEGARA

Penulis : Hasina Aziz

Penyunting : Muhammad Fitri

Sumber : Facebook


Penularan wabak Corona Virus atau lebih dikenali sebagai “Covid-19” kian memuncak di negara Malaysia pada waktu ini dengan saban hari peningkatan kes tidak kurang dari seratus orang telah dicatatkan dan 19 angka korban di seluruh Malaysia direkodkan. Penularan yang di luar jangkauan, telah menyebabkan Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Panik, degil dan pentingkan diri sendiri, itulah gambaran buat rakyat Malaysia ketika pengumuman tersebut dikeluarkan dan memaksa kerajaan melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020 memlui pengumuman rasmi pada 25 Mac 2020. Terdetik sejenak pada ketika ini barisan hadapan negara kita yang terdiri daripada barisan staff Kesihatan, Polis, Tentera, Bomba dan banyak lagi, sedang berjuang untuk kesejahteraan kita. Sedarkah kita bahawa kita sendiri telah menghantar mereka kearah yang lebih kritikal? Tepuk dada tanya selera.


Seramai lima ribu orang anggota daripada pelbagai agensi dikerahkan untuk bersama barisan hadapan negara bagi mengekang penularan wabak ini dengan lebih proaktif dan tegas. Kemungkinan besar jumlah anggota yang terlibat akan bertambah dari semasa bergantung kepada keadaan dan situasi di Malaysia. Antara penyumbang utama anggota keselematan terutama sekali dikerah adalah kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan PKP. Hampir tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar arahan PKP menurut Panglima Angkatan Tentera (PAT).


Mengenai pengorbanan barisan hadapan negara pada ketika ini tidak dapat disangkal lagi. Kesanggupan mereka dalam menangani ancaman krisis “Covid-19” wajar dipuji. Dalam kekalutan orang ramai ingin pulang ke kampung meninggalkan segala kerja dan juga bersama keluarga, barisan doktor dan jururawat bersiap sedia melangkah dengan pakaian sut khas untuk melakukan rawatan kepada pesakit Covid-19. Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerah kudrat untuk membuat sekatan jalan bagi menghalang orang awam keluar dari kawasan kediaman agar mereka selamat dari wabak Covid-19 namun PDRM akhirnya mengalah dan memaksa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah sama untuk membantu menyekat pergerakan rakyat Malaysia. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersedia membantu dari pelbagai sudut serta penghantar makanan seperti “Grabfood, FoodPanda” bersiap sedia menghantar pesanan makanan kepada semua yang memerlukan. Nyawa dipertaruhkan oleh mereka untuk keselamatan dan keselesaan semua sehingga mereka menyebarkan pautan “We work for you, Please stay at Home”.


Merenung apa yang dilakukan oleh barisan hadapan negara ketika ini. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia menghargai apa mereka yang lakukan ? Adakah anda pada hari ini mematuhi arahan yang disampaikan ? Mampukah anda menjadi seperti mereka jika dipanggil? Persoalan demi persoalan yang sering dikicau oleh pelbagai pandangan masyarakat setempat agar kita menghargai mereka. Sekiranya pada waktu PKP yang sebentar ini rakyat masih berdegil tidak mustahil barisan hadapan negara akan lumpuh kerana tekanan dan kepenatan.


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin akan kesungguhan mereka dalam mengatasi wabak ini menular maka kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa menyokong dan mematuhi segala arahan yang disampaikan oleh kerajaan dan penguatkuasa yang bertugas. Mengawal pegerakan keluar masuk dari rumah dan hanya ketua keluarga atau seorang saja wakil daripada setiap keluarga. Dengan adanya kawalan pegerakan ini kita mampu membantu mereka dan menghargai pengorbanan yang mereka lakukan kerana kita sendiri belum tentu mampu untuk menjadi barisan hadapan negara sekiranya dipanggil.


Justeru itu , marilah kita bersama-sama berganding bahu membatu barisan hadapa negara dengan melakukan perintah PKP ini agar rantaian wabak Covid-19 berjaya diputuskan selain daripada itu ianya turut menunjukkan kepada barisan hadapan negara bahawa kita menghargai pengorbanan yang mereka lakukan . “Terima Kasih Barisan Hadapan Negara”.

103 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page