top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Ezad Lazim Mangsa Penyingkiran Minggu Ketujuh GV10

Penulis : Raihan Farhanna Binti Mohamed Rizal

Penyunting : Emmylisa anak Achai


Sumber foto: Kosmoo Digital



SHAH ALAM, 5 Nov - Penyanyi kumpulan terkenal Exist, iaitu Ezad Lazim terpaksa akur dengan keputusan para juri yang terdiri daripada Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juga DatukSyafinaz Selamat pada minggu ketujuhdalam pertandingan All Stars GegarVaganza 2023 ini. Persembahan Ezad yang membawakan lagu 'Seksa' dari kumpulan terkenal Ukays itu telah meletakkan dirinya pada tangga yang tercorot pada minggu ini, menyusuli jejak langkah penyanyi-penyanyi lain seperti Zamani Slam, Aya Ilusi, Cliff Umar, dan Suki Low. “Syukur Alhamdulilah dapat bersama-sama memeriahkan GV kali ini. Insya-Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi dan jangan lupa saksikan konsert Exist pada Disember depan,” katanya. Selain itu, salah seorang peminat setia Ezad Lazim iaitu Syazwani Ahmad, 33 tahun menyatakan, “Saya merupakan peminat setia Ezad Lazim dan pada setiap hari Ahad, saya sentiasa menghadirkan diri saya di MBSA ini untuk menonton persembahan beliau.


Sejujurnya persembahan Ezad pada minggu ini adalah sangat istimewadan mempunyai kelainan kerana beliau membawakan lagu dengan genre yang berbeza daripada biasa sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi.”


Namun demikian, Ahmad Razif, 29 tahun, yang juga merupakan seorang peminat setia penyanyi utama kumpulan Exist ini, turut menyatakan ketidakpuasan hatinya saat melihat beberapa peserta yang kurang menyerlah berbanding dengan Ezad Lazim berjaya diselamatkan ke pusingan berikutnya walaupun ada segelintir daripada mereka sering berada di tangga yang tercorot.


"Terdapat keraguan dalam sistem penilaianyang dilakukan oleh para juri kerana pesertalain kerap diberikanmarkah dan pujian yang tinggi,walaupun tiada peningkatan yang ketara dari penyanyi penyanyitersebut sepanjang tujuh minggu menyertai Gegar Vaganza All Stars,” katanya lagi.


Nadi Bangi turut berkesempatan untuk menemu ramah seorang lagi peminat Ezad Lazim iaitu Affendi Sharif, 36 tahun.


“Mungkin tiada rezeki bagi Ezad Lazim untuk mara ke minggu hadapan, namun kami sebagai peminatakan sentiasa menyokongapa sahaja aktivitiyang beliau lakukandan mendoakan yang terbaik untuknya,” kata Affendi.


Sementara itu, pemenang Anugerah Powercat RM2000.00 pada minggu ketujuh, telah dimenangi oleh penyanyi Hady Mirza.


Hady juga memperolehi standing oviaton daripada para juri berkat persembahan beliau yang berjayamemukau para penontondengan nyanyiannya yang berjudul 'Romancinta' daripada kumpulan Mojo


Bukan itu sahaja, pada minggu hadapan, kesemua peserta yang berjaya mara akan diberikan cabaranbaharu dengan mempersembahankan lagu-lagu yang menjadipilihan juri tetap bagi rancangan ini iaitu Dato’ Ramli Ms. Berikut adalah kedudukan peserta beserta markah mereka setelah menyelesaikan persembahan baru-baru ini.


Kedudukan Markah Minggu Ketujuh All Stars Gegar Vaganza 2023.

1. Hady Mirza 79.25

2. Jaclyn Victor 75.75

3. Liza Hanim 70.25

4. Naqiu 70.00

5. Siti Nordiana 67.00

6. Tomok 66.25

7. Azharina 65.50

8. Noryn Aziz 60.75

9. Aliff Aziz 60.00

10. Nikki Palikat 59.75

11. Ezad Lazim 58.00 (Tersingkir)

23 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page