top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

FESTA UKM 2023 MENAWARKAN WANG TUNAI RM2000 SEBAGAI HADIAH

Penulis : Noor Sahila binti Mohamed Sulaiman

Penyunting: Nur Iliyana Natasha binti Muhammad Nizam


Sumber foto : Instagram #FESTA22


BANGI, 11 Mei - Festival Tarian Universiti Kebangsaan Malaysia 2023 (FESTA 23) akan kembali mewarnai pentas Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 28 Oktober 2023 ini dan akan berlangsung pada jam 2 petang untuk sesi pertama dan 8 malam bagi sesi kedua dengan ganjaran wang tunai RM2000 kepada pemenang.


Kemunculan semula FESTA pada tahun ini yang dianjurkan oleh Kelab Aadyamaatra Artisukma dengan anjuran bersama Pusat Kebudayaan UKM menawarkan hadiah berbentuk wang ringgit kepada empat pemenang utama bagi setiap kategori yang mencecah sebanyak RM2000. FESTA merupakan pertandingan tarian tradisional yang diadakan setiap tahun di UKM. Pertandingan ini mempunyai empat kategori iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA dan IPTS serta kategori terbuka. Kategori terbuka ini memberi peluang kepada penari-penari profesional dan amatur di luar sana untuk berentap di pentas DECTAR, UKM Bangi bagi merangkul gelaran juara.


Bagi kategori terbuka juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000 manakala naib juara pula bakal menerima wang tunai bernilai RM1500 dan tempat ketiga berjumlah RM1000. Juara bagi kategori IPT pula bakal menerima wang tunai sebanyak RM1500, naib johan RM1000, dan tempat ketiga RM700. Kategori sekolah rendah dan sekolah menengah pula juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 manakala naib johan RM700 dan tempat ketiga bakal menerima wang tunai sebanyak RM500.


Menurut Ketua Pengarah FESTA 23, Nur Safi Syafiqah, pelajar Sarjana Muda Sains Citra (2), konsep pertandingan ini adalah ingin berfokus melibatkan tarian rampaian tradisional seperti Asli, Joget, Inang, dan Zapin dan juga tarian rampaian kreasi iaitu karya tari baru yang mengekalkan elemen tradisi atau etnik Malaysia secara kreatif dan tidak berbentuk dramatik.


“FESTA 23 akan mempertandingkan tarian-tarian tradisional sahaja kerana masih ramai anak anak muda sekarang ini yang masih tidak tahu mengenai tarian-tarian ini seperti tarian etnik yang berasal daripada pelbagai kaum dan negeri. Jadi dengan adanya FESTA 23 ini ia akan dapat mempamerkan budaya setiap negeri dan kaum melalui tarian. Selain daripada dapat berhibur penonton juga secara tidak langsung akan dapat pengetahuan.”


“FESTA 23 kali ini akan memberi sedikit kelainan dan penambahbaikan berbanding tahun lepas dan saya mengharapkan ianya akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Pertandingan ini juga akan menawarkan hadiah bagi kostum terbaik buat para peserta yang bertanding. Maklumat mengenai FESTA 23 akan dikemaskini mengikut semasa di laman media sosial Instagram @aadyamaatra.



13 views0 comments

Related Posts

See All

Restaurant DA TANG WEI DAO Closed Due to Explosion

By Wang Jiaqi Edited by Su Ling (The door was sealed after the accident. Source: photo Wang Jiaqi) SRI PETALING, 18 Apr - In the early morning of April 18, the Chinese restaurant Da Tang Wei Dao sudde

Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page