top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Filem KLEPET Bakal ke Panggung Tahun 2024

Updated: Jan 30

Penulis: Nur Farzana Uyub

Penyunting: Amir Aiman Rosli


Sumber foto: Instagram @klepetfilm & Nur Farzana Uyub


PUTRAJAYA, 29 Nov - Respected Citizen Sdn Bhd telah mengumumkan terbitan filem baharu dengan kos pembikinan filem mencecah RM2.1 juta padat dengan aksi dan komedi. Filem ini juga mempamerkan antara barisan-barisan pelakon tempatan ternama seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Aedy Ashraf, Joey Daud dan ramai lagi.


Filem ini yang bertajuk KLEPET, yang mengisahkan sekumpulan kawan rapat yang menimpa masalah dan kekecohan setelah terserempak dengan seorang gadis pelarian Ukraine. Dilihat bahawa penceritaan filem ini adalah berlainan dari filem yang diterbitkan sebelum ini dan mempunyai keunikannya tersendiri.


Menurut, Penulis Skrip Filem,  Baitem Smikxa, menyatakan bahawa cara penceritaan filem ini mungkin agak menjengkelkan tetapi beliau ingin memberi nafas baru kepada filem industri Malaysia dengan menyampaikan penceritaan yang berlainan dari biasa. Dia juga berharap agar pelakon-pelakon yang bakal beraksi dalam filem ini dapat menjayakan penceritaan filem dengan baik. 



Sumber foto: Nur Farzana Uyub


“Pelakon yang kami pilih ini antara merupakan pelakon yang mampu melaksanakan nafkah penceritaan filem ini dengan bagus oleh kerana mereka juga merupakan barisan pelakon yang ternama di Malaysia ini. Saya percaya bahawa mereka ini dapat memberikan komitmen dan prestasi yang baik dalam menjayakan filem ini,” ujarnya.


Selain itu, menurut Pengarah filem ini, Indra Putra @ Sanji menyatakan kelainan yang akan dibawa dalam filem ini berbanding filem lain adalah dari segi cara pembikinan dan teknik yang digunakan. Beliau telah menggunakan Computer-generated Imagery (CGI) dan animasi dalam sinematografi bagi menaikkan lagi filem ini.


“Kelainan elemen yang ditonjolkan dalam filem ini berbanding filem lain ialah cara pembikinan dan teknik yang sering digunakan kini. Penggunaan CGI dan elemen animasi juga akan digunakan bagi menonjolkan sinematografi dan menaikkan lagi penceritaan dalam filem ini” kata Pengarah filem Klepet , Indra Putra yang juga merupakan antara pengarah berpengalaman dalam pembikinan animasi tempatan dan pernah bekerja bersama syarikat studio terkenal seperti Walt Disney, Nickelodeon dan sebagainya.


Menurut penulis skrip filem KLEPET ini juga terdapat elemen mengejutkan yang semua penonton harus nantikan dari filem ini. Filem ini akan memulakan penggambaran pada awal bulan Disember ini di Melaka.

18 views2 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page