top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Fimie Don Akan Melancarkan Enam Lagu Baru Pada May 2024

Penulis : Muhammad Amir Ridzuan Bin Ruslee 

Penyunting : Aisyah Antasya binti Shamsol Jazlisham



Sumber Foto : Ameer Aiman & Fimie Don 


PUTRAJAYA, 17 Dis - Konsert Malam Pertama Teman Lelaki mendapat sambutan yang luar biasa apabila konsert tersebut telah dihadiri lebih dari lima ratus penonton. 

Konsert ini diadakan di perkarangan Taman Anjung Floria Putrajaya berhampiran Lake Cabin cafe. Ia mendapat sambutan yang hangat oleh kerana kemasukanya adalah percuma dan terbuka kepada semua. 


Ramai artis telah dijemput oleh pihak penganjur dan masing-masingnya membuat persembahan yang meriah dan menghiburkan pengunjung. Antara barisan artis yang membuat persembahan pada malam tersebut termasuklah Kumandang Zine, Ainina Hasnul, Lolaopy, Hugo dan juga Fimie Don. Highlight persembahan adalah merupakan dari kumpulan Teman Lelaki. 


Walau bagaimanapun, Fimie Don telah menjadi spotlight pada malam tersebut oleh kerana ada pengunguman istimewa daripada beliau. 


“Saya akan melancarkan lagu bertajuk Pudar pada January 2024, sebuah lagi lagu pada Februari dan juga Mac. Projek terbesar yang akan saya buat untuk karier nyanyian saya ialah pada bulan Mei atau Jun, dimana saya akan melancarkan “extended play” yang mengandungi enam buah lagu. Sila nantikan judulnya tidak lama lagi. 


“Sekarang saya sudah berpeluang dan mempunyai ruang untuk memilih, jadi saya memilih untuk menjadi penyanyi. Saya buat keputusan yang sedemikian kerana saya sudah mempunyai minat terhadap muzik sejak saya berumur 12 tahun lagi sebenarnya tetapi tidak dapat saya teruskan pada ketika itu”, kata Fimie. 


“Saya okey sahaja sekiranya khalayak memanggil saya Putera Shazlan cuma jangan dibiasakan kerana lama-kelamaan ianya akan membuatkan identiti saya kekal seperti watak itu. Saya mahu orang kenal saya sebagai Fimie Don dengan karekter yang lebih matang. 


“Saya boleh menyanyi, mengacara dan juga berlakon, tetapi masyarakat lebih mengenali saya sebagai pelakon kerana watak Putera Shazlan memberi impak kepada peminat saya”, tambah Fimie lagi. 


Fimie menyatakan bahawa beliau menghasilkan lagu-lagunya sendiri. Lagunya yang bergenre puitis, Fimie yakin karya muziknya akan membawa kelainan dalam karier nyanyiannya. 


“Saya merupakan seorang pelakon teater dan gemar untuk berada di atas pentas. Oleh disebabkan itulah saya mampu untuk menunjukkan kelainan dalam persembahan saya. Suka untuk saya mengaplikasikan pengalaman yang saya ada ini untuk memartabatkan lagi industri muzik tanah air.


“Untuk itu, teruslah menyokong saya, Fimie Don, untuk terus berkarya dan berhibur dalam industri seni tanah air”, ujar Fimie Don.

4 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page