top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Instafamous Teruja Disapa Kerabat Diraja

Oleh: Nurul Ain Samad

Penyunting: Syakila Hidayu Suhaimi


Sumber: Twitter

12 Jun 2020, Kuala Lumpur - Seorang personaliti media sosial yang dikenali sebagai Azfar Heri sangat teruja apabila telah disapa oleh salah seorang kerabat diraja Pahang, iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah menerusi Direct Message (DM) di Instagram miliknya.


Azfar telah berkongsi paparan skrin DM bersama Tengku Puteri Jihan menerusi akaun Twitter miliknya dan mendapat lebih kurang 40,000 tanda suka, 19,000 ulang kicau serta lebih daripada seratus orang telah meninggalkan komen di ruangan tersebut.


“From this to this. OMG Thank you so much, kenangan tahun 2020 with @tengkuafzan1 &

@jihanabdullah27”, merupakan kapsyen Azfar yang dikongsi bersama pengikutnya di Twitter pada Isnin, 8 Jun yang lalu.

Azfar yang berumur 22 tahun berkata, segala paparan skrin serta video yang dimuatnaik di akaun media sosial miliknya telah mendapat kebenaran dan keizinan daripada Tengku Puteri Jihan yang pada mulanya menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja apabila Tengku Puteri Jihan berniat untuk memberi kejutan buat kakaknya, Tengku Puteri Afzan.


Satu video berbentuk pantun empat kerat yang dihasilkan khas buat Tengku Puteri Jihan dan Tengku Puteri Afzan dengan berlatarbelakangkan muzik kemudiannya telah dimuatnaik oleh Azfar di dua akaun media sosial miliknya.


Azfar yang juga berasal dari Melaka telah memuat naik tweet yang mengatakan bahawa dirinya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, “hehehe masih tak percaya semua ni terjadi yaaa aduh macam mana aku nak tidur ni”, katanya.


Namun, reaksi segelintir individu terhadap paparan skrin yang dikongsi Azfar ternyata telah menjadi bualan netizen apabila ramai yang memuji sifat rendah diri kerabat diraja terbabit walaupun hanya sekadar DM dengan orang kebanyakan.


“Tengku Jihan balas komen hari tu pun aku dah melompat keriangan macam tiada hari esok. Alhamdulillah satu keluarga Agong yang berjiwa rakyat”, kata salah seorang warga Twitter yang dikenali sebagai Yana.


Antara komen netizen yang telah mendapat ulang kicau tertinggi terhadap sifat rendah diri Tengku Puteri Afzan juga adalah “Tengku Puteri bahasakan diri sebagai Jihan je. Sangat merendah diri” dan “Anak raja gelak pun pakai capslock, kau ingat kau siapa nak bagi hahaha je kat aku?”.


Di akhir postingnya, Azfar telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tengku Puteri Jihan dan Tengku Puteri Afzan kerana dirinya begitu gembira. Dia juga tidak sangka bahawa segala video yang telah dimuatnaik olehnya di Youtube serta media sosial yang lain turut ditonton oleh kerabat diraja.

33 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page