top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

"Kalau Saya Untung Saya Punya, Kalau Rugi Kita Punya"

Updated: Oct 21, 2019

Oleh: Vanisri Ravi

Penyunting : Ang Xin Yi


Sumber: Vanisri Ravi

BANGI, 20 Okt - Membina rumah yang terlalu banyak tetapi apabila tidak laku kerajaan pula yang kena tanggung dan itu yang dipanggil sebagai moral hazard, maksudnya keputusan, “Kalau saya untung saya punya, kalau rugi kita punya” ujar YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali semasa program bicara Belanjawan 2020 yang diadakan di Persada Canselori baru-baru ini.


Beliau yang kini Profesor di Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB), isu perumahan negara perlu dilihat dengan lebih serius dengan memberi contoh yang terbaik untuk membuat perbandingan kepada audiens yang menghadiri bicara tersebut.


Ujar beliau lagi, lambakan rumah tidak terjual di Malaysia ketika ini sangat membimbangkan dan jika ia tidak diatasi dengan tuntas, ia bakal menjejaskan negara terutamanya sistem perbankan yang memberi pinjaman kepada syarikat pembangunan hartanah ini.


Belanjawan 2020 yang bertemakan “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama” dengan bertunjangkan empat teras utama dalam usaha untuk menstabilkan semula kedudukan kewangan kerajaan telah dibincangkan oleh Datuk Azih Muda, Dato Nadzim Johan dan Tuan Syed Roslan bin Syed Zakaria ketika menghadiri bicara tersebut.


Tan Sri juga berkata perkara yang paling menakutkan pada masa akan datang oleh ahli-ahli ekonomi adalah perang perdagangan antara Amerika dengan China, kelembapan ekonomi dan isu breksit.


“Kita memerlukan satu perubahan dalam bajet tahun ini, berdasarkan kepada satu rangka kerja yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi yang telah diguna pakai oleh Institut Masa Depan Malaysia (MASA). Oleh itu, bajet yang dirangka pada tahun ini adalah berpaksikan kepada rangka kerja tersebut iaitu rangka kerja 10 tahun.”


“Bajet tahun ini juga menggunakan landasan dasar kemakmuran 2030 dan ini adalah pertama kali bajet yang dibentang mempunyai satu dasar yang cukup matang”


“Teras tersebut mempunyai tiga objektif utama iaitu mendekatkan jurang pendapatan, objektif kedua adalah perpaduan dan ketiga platform untuk meningkatkan ekonomi yang mempunyai dasar-dasar tertentu” katanya Tuan Syed Roslan Bin Syed Zakaria sebagai panel.


Beliau juga mengatakan dalam perbankan telah membuat satu reformasi iaitu menggabungkan beberapa bank seperti Bank Pembangunan, SMB Bank dan Dana Jaminan. Selain itu, Tuan Syed Roslan juga mengatakan kita perlu membina masyarakat yang berpengetahuan dan bukan hanya menerima sahaja kerana sebagai rakyat perlu memberi idea atau pandangan baru kepada kerajaan terutamanya generasi Z.


“Statistik Bank Negara atau KWSP menyatakan gaji kepada penjawat awam atau rakyat di Malaysia yang bujang ialah serendah-rendahnya RM2600 lebih, bayangkan gaji yang RM1200 yang paling rendah itu realitinya.


“Berfantasi ataupun tidak kalau kita mahu mencapai angka begitu? Saya rasa itu bukan satu fantasi dan itu sepatutnya perlu dijadikan sebagai realiti dalam bajet baru-baru ini,” katanya Datuk Azih Muda.


Ahmad Mujamid, 20, pelajar UKM yang turut hadir berkata, Bajet 2020 kali ini lebih bersifat realiti tetapi juga satu persaingan bagi rakyat Malaysia kerana rakyat kita bukan sahaja menghadapi masalah ekonomi dalam negara, malah ekonomi luar negara seperti isu-isu perang perdagangan dan isu breksit di United Kingdom.


“Kerajaan baru telah membentuk belanjawan 2020 yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan lebih jelas dan teliti.” katanya.

20 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page