top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

“Kami Tiada Hasrat Sembunyikan Bilangan Kes”- Pengarah Pusat Kesihatan Universiti

Updated: Jun 12, 2021

Oleh: Abdullah Zaid

Penyunting: Farhan Siddiq


Sumber: Kmukm


BANGI, 8 Jun– Pengarah Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PKU), Dr Mohd Azman Bin Abas menegaskan pihak pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia tidak mempunyai hasrat untuk sembunyikan bilangan kes semasa berikutan peningkatan kes positif di salah satu kolej kediaman sehingga mewujudkan kluster Pengajian Tinggi.


“Saya ingin menegaskan, pihak universiti tidak pernah merahsiakan angka semasa. Sebaliknya, kekangan ini berpunca daripada pihak PKU sendiri yang mengalami kelewatan untuk mengemaskini angka semasa berikutan masalah tertentu.”, ujar beliau.


Pengarah Kesihatan itu juga turut menegaskan kepada mana-mana individu yang melanggar piawaian pematuhan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Penyakit Berjangkit.


“Untuk makluman semua SOP yang ditetapkan adalah dibawah garis panduan Akta Penyakit Berjangkit. Jadi pada mana-mana individu yang melanggar terutamanya pada pemakaian gelang boleh dikenakan hukuman di bawah akta ini”, ujar beliau.


Beliau juga turut menambah pihak PKU akan sentiasa mengemakini bilangan positif semasa menggunakan kaedah infografik.


“Sekiranya ada penambahan kes di kawasan UKM. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini dari masa ke semasa mengikut perkembangan bilangan kes bagi menerangkan keadaan semasa”.


Terdahulu Ketua Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Roslee Rajikan mendakwa bantuan berbentuk bekalan makanan akan diberikan khusus kepada kolej yang terjejas akibat jangkitan penularan wabak ini.


“Pihak HEP telah memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM 120 ribu bagi penyediaan lengkap dari waktu pagi, petang dan malam kepada kolej yang terjejas”


Beliau juga menambah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerak mula diperkenalkan pelbagai bentuk bantuan yang berjaya disalurkan kepada pelajar UKM


“Walaupun saya baru sahaja dilantik pada 1 Jun yang lepas, tetapi saya dimaklumkan bantuan seperti tablet dan tabung zakat kepada pelajar yang memerlukan telah disalur sejak tahun lepas”. Ujar beliau.




238 views1 comment
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page