top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kematian George Floyd: Protes Bertukar Ganas dan Huru-Hara


Oleh: Arisha Mahazir

Penyunting: Ashikin Yusri


Sumber: Google


MINNEAPOLIS, 2 JUN : Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) untuk menuntut hak dan bela ke atas kematian George Floyd yang menjadi korban disebabkan oleh tindakan seorang anggota polis kulit putih yang telah menggunakan kekerasan terhadapnya.


George Floyd, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian ketika berada dalam penjagaan polis selepas ditahan di luar sebuah kedai. Pada 25 Mei sebuah rakaman menunjukkan seorang pegawai polis berkulit putih, Derek Chauvin, menekankan lututnya di leher Floyd ketika dia dicampakkan ke lantai jalan raya dan ditahan.Sejak dari itu Chauvin, 44 telah didakwa melakukan sebuah pembunuhan.


Peserta perhimpunan protes itu turut membawa playkad tertera 'saya tidak boleh bernafas' ketika mereka berhimpun pada malam semalam.Di dalam rakaman insiden tersebut Floyd telah berulang kali berkata “Saya tidak boleh bernafas” namun Chauvin tidak mengendahkannya.


Pihak berkuasa Minneapolis telah melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah kumpulan tersebut untuk meleraikan perhimpulan tersebut.


Namun tindakan pasukan polis yang lengkap berpakaian pakaian seragam antirusuhan itu bagaimanapun telah menyebabkan protes bertukar ganas dan keadaan menjadi huru-hara.

Walaupun di dunia nyata berlakunya perhimpunan dan rusahan berkaitan insiden ini,di media sosial juga seperti Twitter dan penggunaan hashtag BlackLivesMatter merupakan fenomena yang sedang hangat berlaku di kalangan pemgguna media sosial.


Menurut salah seorang pengguna twitter menerusi akaun @elysewillems berkata “Sekiranya anda tidak berfikir #BlackLivesMatter, anda berada di sisi sejarah, moral, kemanusiaan yang salah.”


“Ini tidak akan kembali ke normal! Ini bukan sekadar masa berlalu. Kita memerlukan ini untuk mencetuskan perubahan. Kita memerlukan ini agar perkara berlaku tidak sia-sia. #BlackLivesMatter” kata Pengacara Televisyen, Emile Ennis Jr menerusi akaun twitternya di @emileennisjr.


Susulan insiden itu,Chauvin dan tiga lagi anggota Jabatan Polis Minneapolis itu dilaporkan telah dipecat dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bersama pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang turut melancarkan siasatan ke atas kematian Floyd.

5 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page