top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Keunikan Kopi Terbalik Menjadi Tumpuan di Kuantan

Updated: Nov 8, 2021

Penulis: Nur Syazwana Abu Bakar

Penyunting: Fitrah Kamaleea Mohd Zam


KUANTAN, 31 Oktober - Pengunjung di sekitar Kuantan pasti tidak melepaskan peluang untuk mencuba keunikan kopi terbalik yang dihidangkan menggunakan cawan terbalik sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan.


Kafe Kopi dan Teh baru sahaja beroperasi pada sekitar Ogos tahun 2019 dan ianya bukan sahaja menyajikan menu kopi dan teh semata-mata malah terdapat juga menu lain yang sesuai dengan selera masyarakat setempat seperti nasi ayam geprek krispy, roti bakar , nasi dagang, nasi lemak, bihun goreng, pencuci mulut dan banyak lagi. Kopi dan Teh mula beroperasi seawal jam 8.00 pagi sehingga tengah malam.


Sebenarnya kopi terbalik atau disebut sebagai kupi khop ialah salah satu jenis minuman kopi yang berasal dari Aceh yang bermaksud kopi yang tertelungkup. Istilah kopi Khop diambil daripada pahlawan Aceh yang memberi isyarat sebelum berperang iaitu dengan mengatakan “Besok pagi kita akan minum kopi di Meulaboh atau aku akan mati syahid”. Dari situlah berasalnya kopi terbalik yang dulunya terkenal di negara jiran Indonesia dan kini sedang cuba memasuki pasaran Malaysia untuk menyesuaikan masyarakat Malaysia dengan kelainan cara meminum kopi.


Kopi ini diminum dengan cara yang lain daripada yang lain walaupun dari segi rasa sama dengan kopi yang biasa diminum kerana filosofi kopi terbalik berasal daripada kebiasaan masyarakat Aceh yang suka berlama-lama saat meminum kopi ketika menunggu ikan memakan umpan. Agar kopi tetap hangat dan tidak dimasuki debu, maka disajikan dengan gelas terbalik.


“Sedikit kemahiran teknikal diperlukan untuk menikmati keasyikan secawan kopi terbalik iaitu dengan menarik straw yang disediakan dalam cawan kopi berkenaan dan tiup perlahan sehingga kopi keluar di piring.” kata Faiz, pengusaha Kafe Kopi dan Teh.


“Saya menggunakan cara meminum kopi yang berlainan kerana saya rasa ia adalah satu kreativiti yang boleh diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat kita lebih gemar pada sesuatu yang lain daripada yang lain.” tambahnya lagi.


“Saya suka bun bakar dan juga rasa kopi yang kurang manis yang sememangnya kena dengan selera saya.” kata Ridzuan, salah seorang pelanggan disini.


Kafe ini sememangnya tidak lekang dengan kehadiran pelanggan oleh kerana masyarakat disini ingin merasa keunikan kopi terbalik berkenaan. Salah seorang pelanggan, Fauzi, mengatakan kafe tersebut sudahpun penuh dengan pengunjung di bahagian depan kedai ketika mereka sampai membuatkan mereka terpaksa duduk di bahagian belakang kedai. Hal ini jelas menunjukkan kopi terbalik bukan hanya sekadar minuman tetapi satu tradisi nenek moyang yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang.



173 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page