top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Khairy Jamaluddin Beri Kata Semangat Kepada Azhar Ali

Oleh: Fatihah Roslan

Penyunting : Farahin Fadzil



Sumber: Twitter @theotherazharal


KUALA LUMPUR, 4 Mei – Penuntut Malaysia Azhar Ali telah mengaku gagal megesahkan kesahihan emel yang diterima beliau, berkaitan dengan tawaran biasiswa daripada pihak National Aeronautics and Space Administration (NASA) sebelum memuat naik berita gembira tersebut di laman sesawang Twitter sehingga ‘viral’.


Anak muda berusia 20-an itu hanya menyedari beliau telah menjadi mangsa penipuan apabila pautan yang disertakan di dalam emel daripada pihak NASA tersebut membawanya ke portal yang dikatakan palsu . Beliau juga telah menerima satu lagi emel daripada National University of Singapore (NUS) tetapi di dalam emel yang diterima itu tidak mempunyai domain universiti tersebut.


Sejurus daripada pengakuan Azhar tentang kekhilafan beliau, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menampilkan diri beliau melalui laman sesawang Twitter miliknya dan meluahkan rasa prihatin terhadap isu yang tular ini.


“Ya, ini adalah satu pengajaran untuk kita semua (termasuk saya) untuk memeriksa kesahihan sesuatu perkara sebelum dikongsikan di alam maya,” katanya.


Beliau juga turut memberikan kata-kata semangat kepada saudara Azhar agar tidak berputus asa dan terus berjuang menggapai impian walau apa pun yang diperkatakan oleh orang lain.

Nadi Bangi memetik sumber dari Twitter @timcmi berkata, “Isu Azhar Ali ini mengajar saya untuk memeriksa kesahihan sesuatu perkara terlebih dahulu selepas ini, sebelum disebarkan”.


Pengguna laman sesawang Twitter @rudylightroom pula berkata , “Kita semua melakukan kesilapan, tetapi hanya mereka yang hebat berani mengaku kesalahan serta perbaiki diri mereka untuk menjadi lebih baik”.


Nadi Bangi juga telah meminta pendapat netizen, seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Muhammad Haziq (Sarjanamuda Sains Komputer , 2) tentang isu ini. Beliau berkata, “Isu penyebaran maklumat palsu ini sudah sering terjadi kerana ramai yang tidak peka atas kesahihan sesuatu perkara dan tidak mengambil iktibar daripada kesalahan penyebaran maklumat palsu yang lepas.


“Saudara Azhar Ali seharusnya terlebih dahulu memastikan perkara tersebut dengan pihak autoriti yang sepatutnya sebelum berkongsi berita tersebut dengan warganet,” tambah beliau.


Terdahulu, saudara Azhar dilaporkan menerima tawaran biasiswa daripada pihak NASA untuk melanjutkan pengajian beliau di peringkat ijazah setelah diiktiraf sebagai satu peratus peserta yang terbaik di dalam pertandingan reka cipta sut angkasa lepas bagi misi Artemis 2024.

24 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page