top of page
  • Writer's pictureNur Farzana Nafiz

Kolej Ibu Zain Bakal Anjur Pesta Buku & Kopi KIZ

Penulis: Farzana Nafiz

Penyunting: Nurfaizatul Huda Ahmad

Sumber Foto: Facebook UKM Holdings


BANGI, 10 Jan - Dianggarkan sebanyak 25 syarikat penerbitan dan 46 vendor makanan serta minuman yang telah dikumpulkan bagi memeriahkan program ini antaranya Buku Fixi, Wonderbook, MPH Bookstore, Kopi Dua Darjat, Kopi Ais Mamu dan banyak lagi.


Para penggemar buku dan kopi berpeluang untuk memeriahkan Pesta Buku & Kopi yang bakal dianjurkan selama empat hari dari 12 sehingga 15 Januari di Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Anjuran pesta ini adalah kerjasama di antara Kolej Ibu Zain, UKM Real Estate (UKMRE), UKM Holdings serta UKM Penerbit dengan bertujuan untuk menyediakan platform bagi penerbit dan pembekal memasarkan penerbitan mereka kepada masyarakat umum.


Antara makanan dan minuman serta jualan yang akan diadakan pada Pesta Buku & Kopi KIZ

Sumber Foto: Facebook UKM Holdings


Ketua Program, Chua Yung Qi, 23, menyatakan bahawa mereka bukan sahaja ingin memperkasakan lagi kepimpinan serta kerjasama antara pasukan mereka, malah mereka juga ingin menambahkan lagi ilmu pengetahuan peserta melalui pesta buku dan kopi ini.


“Selain daripada membangunkan kepimpinan dan kerja berpasukan di kalangan pelajar universiti yang akan menganjurkan serta mengetuai acara selama 4 hari, kami juga ingin memberi ruang kepada peserta untuk menambah ilmu pengetahuan mereka dengan penganjuran aktiviti pendidikan yang pelbagai,” katanya.


Beliau juga menyatakan aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut adalah pesta buku dan pameran, gerai makanan dan minuman, Bedah Buku, Open Mic dan pemberian buku kepada pelajar Asnaf UKM.


“Sepanjang empat hari program ini dijalankan, kita akan ada tetamu jemputan yang dijemput untuk memberi ceramah antaranya ialah Asrif Yusoff pengarang bagi buku Staying the Course: Navigating the Challenges of Part-time Study dan Ainaa Rosli, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Tech Up Group,” jelasnya.


Bukan itu sahaja, peserta juga diberikan peluang untuk menunjukkan bakat terpendam mereka tidak kira dari segi nyanyian, pemain instrumental, syair, dan sebagainya dengan menyertai acara 'Open Mic' dan yuran penyertaan yang dikenakan hanyalah serendah RM10.


Peserta juga berpeluang untuk memenangi RM50 dengan menyertai cabutan bertuah sepanjang pesta itu berlangsung.


45 views0 comments

Related Posts

See All

Restaurant DA TANG WEI DAO Closed Due to Explosion

By Wang Jiaqi Edited by Su Ling (The door was sealed after the accident. Source: photo Wang Jiaqi) SRI PETALING, 18 Apr - In the early morning of April 18, the Chinese restaurant Da Tang Wei Dao sudde

Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page