top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Konsert COLDPLAY Beri Reaksi Positif Daripada Peminat

Penulis: Ali Imran

Penyunting: Izzah Tarmezi


Sumber: Focus Malaysia & Ali Imran


KUALA LUMPUR, 23 Nov- Kehadiran Coldplay menerima reaksi positif daripada peminat walaupun desakan pembatalan konsert itu yang didakwa tidak sensitif dengan isu perang Palestin-Israel.


Pada Rabu lepas telah berlangsung sebuah konsert mega kumpulan rock Britain, Coldplay bagi siri jelajah Music of the Speheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Seramai 85,000 peminat telah membanjiri konsert tersebut walaupun perlu membasahi diri dengan hujan.


Hurin Azizah, 27, menyatakan konsert ini telah menyatukan rakyat Malaysia kerana terdapat peminat yang sanggup menghadirkan diri walaupun datang dari negeri lain untuk melihat dan merasai lagu-lagu yang dibawa kerana ia adalah kenangan zaman kanak-kanak mereka.


“Saya sangat kagum dengan peminat Coldplay ni. Saya rasa disatukan dengan rakyat negeri lain sebab saya baru sahaja menegur seorang peminat datang dari Sabah dan saya pula dari Johor. Saya sanggup berhujanan nak lihat depan mata saya sendiri Coldplay sebab lagu dia ingatkan saya kepada zaman kanak-kanak” katanya.


Dalam pada itu, terdapat peminat merasakan konsert dan isu perang adalah dua perkara berbeza. Seperti yang diumumkan Coldplay merupakan antara kumpulan yang melakukan gerakkan keamanan terutama di Palestin. Jadi ia perlu dipertimbangkan agar konsert ini tidak dibatalkan.


“Bila nak kaitkan isu Palestin dengan Coldplay ia adalah dua perkara berbeza disebabkan Coldplay itu sendiri tiada isu berkaitan dengan kezaliman yang berlaku di Palestin yang dilakukan oleh rejim Israel. Hands on juga kepada Coldplay kerana dia juga telah menggerakkan (movement) keamanan. Itu adalah perkara yang boleh kita consider untuk tidak membatalkan konsert ini” katanya.


Tambahan itu, Adib Imran, 24, juga menyatakan konsert ini tidak seharusnya dibatalkan kerana ia akan merugikan negara dari perspektif ekonomi. Konsert ini juga telah membuat perancangan panjang dan diluluskan sejak bulan Mei lagi. Jika dilihat ketika perlumbaan F1 ia tidak perlu dibatalkan hanya kerana perang yang berlaku di Palestin, perkara ini termasuklah dengan konsert Coldplay yang telah melibatkan pelbagai pihak dan agensi bertanggungjawab untuk menjayakan persembahan tersebut.


“Saya rasa tidak wajar untuk diberhentikan dari perspektif ekonomi dan ia telah diluluskan sejak bulan Mei lagi. Jadi tidak wajar untuk menghentikan walaupun berlaku perang di Palestin, di belah timur sana. Jika kita ambil contoh perlumbaan F1, tidak boleh sesuka hati untuk dibatalkan hanya kerana perang di negara lain. Konsert ini telah melibatkan berpuluh agensi dan pihak yang bertanggungjawab melaksanakan persembahan ini”.


Menurut Muhammad Azhad, 25, pula menyatakan hari Rabu tidak menghalang peminat dari menghadiri konsert ini walaupun hari bekerja. Dapat dilihat setiap tempat duduk penuh dan ia merupakan perkara luar biasa. Berikutan isu Palestin, Coldplay tidak pernah secara terang-terangan menyokong tindakan Israel tetapi lebih mempromosikan kecintaan dan perdamaian.


“Hari tidak memberi sebarang isu. Hari apa pun akan penuh, seat penuh dan standing juga penuh sambutan yang luar biasa. Isu palestin tidak ada kaitan kerana Coldplay tidak pernah secara terang-terangan menyokong Israel. Coldplay mempromosikan love and also peace” ujarnya.


Disamping itu, ada yang merasakan konsert tersebut memberi pendapatan sampingan kepada mereka untuk berjual beli dengan para peminat sekali gus meningkat ekonomi rakyat sekitar kawasan.


Yuganeswaran, 30, turut memberikan reaksi positif terhadap konsert tersebut dengan mengatakan ia memberikan peluang kepada saya dan peniaga lain untuk menjual merchandise, makanan dan lain-lain. Ini dapat membantu dari segi pendapatan sampingan kerana beribu peminat yang hadir ke konsert ini.


“Saya merasakan konsert ini wajar dan bagus untuk kami peniaga. Kalau dilihat peniaga dapat jual itu barang-barang Coldplay. Macam saya jual makanan. Ini dapat bantu saya cari duit tepi sebab ramai yang datang sini bukan sikit orang” ulasnya.


152 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page