top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kostum Aina Abdul Jadi Tarikan ABPBH

Penulis: Syafiqah Jafri

Penyunting: Moganapriya Loganathan

Sumber : Instagram


BANGI, 15 Nov – Keunikan rekaan busana behati.my yang digayakan oleh penyanyi terkenal Aina Abdul menjadi salah satu tarikan utama pada malam kemuncak ABPBH34.


Busana yang digayakan oleh penyanyi terkenal ini telah menjadi bualan netizen di ruangan media sosial terutamanya ruangan Twitter. Busana yang digayakan oleh penyanyi ini seakan berbentuk bunga.


Ramai dalam kalangan netizen di ruangan Twitter yang menyukai busana yang digayakan oleh penyanyi ini sehingga ada yang menyamakan busana digayakan dengan busana Alexanya Atoz dalam filem Zoolander.


Ramai yang memuji keberanian beliau untuk membawa kelainan dengan memilih menggayakan busana tersebut pada malam kemuncak ABPBH34. Keunikan pada busana penyanyi ini telah menjadi buah mulut dalam kalangan netizen di ruangan Twitter sehingga ada yang memparodikan busana tersebut dengan hanya menggunakan plastik sampah berwarna hitam.


Menerusi ciapan @Joe_Alonzo81, beliau telah memuat naik ciapan yang menunjukkan busana dipakai oleh Aina Abdul yang ditiru oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Hardrey Ali. Ciapan tersebut telah mendapat sebanyak 263 tweet dan 707 likes.


Melalui tinjauan wartawan Nadi Bangi mendapati seorang lagi pengguna Twitter @faizalhamssin yang memuat naik ciapan memuji busana yang dipakai oleh penyanyi tersebut. Ciapan ini telah mendapat sebanyak 3,207 tweet dan 5,573 likes. Menerusi ciapan tersebut beliau menyatakan bahawa Aina Abdul merupakan seorang penyanyi yang menarik dan berani untuk membawa kelainan.


“ If Balenciaga did the dress, our people would be flocking to say it’s iconic, it slays etc. The dress is on-brand for Aina Abdul. She’s always been different and interesting, she’s not your typical Malay diva playing safe. Let’s celebrate our local artistes & their expression!”


Ciapan yang dimuat naik oleh @Joe_Alonzo81 telah menerima komen positif daripada netizen yang juga turut bersetuju dan menyukai busana yang digayakan oleh penyanyi Aina Abdul. Melalui komen oleh @pipijelah, beliau bersetuju dengan ciapan yang dimuat naik mengagumi busana tersebut.


“Agreed! But I think the pleats (idk if this is the right term) could’ve been better. But the outfit really screams @ainaabdulmusic ! Mawar hitam gitchew”


Betul tu.. Lady Gaga dulu masa baru nak up.. Segala jenis pattern baju dia pakai.. paling tak boleh lupa Meat Dress” - @Rinkikushika


And it made me look up who she is and the designer who made this incredible dress!” - @kevintweeting


Terdapat juga ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang tidak bersetuju dengan busana yang digayakan kerana busana tersebut telah melampaui batasan sebagai seorang muslimah.


“ Most all praised Aina Abdul clothes in #ABPBH34. But no one advised and reprimanded her tight clothes dan menampakkan aurat??” - @SyakirIkhman

261 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page