top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

KUAM 2023 Cipta Kenangan Manis Di Kalangan Pengunjung

Penulis: GWEE HUI CHING

Penyunting: CHOONG WEI HANG


Sumber foto: Bernama


ALOR GAJAH, 29 Okt - Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 yang berlangsung selama tiga hari berjaya mencipta kenangan manis di kalangan

pengunjungnya.


KUAM 2023 adalah satu program yang dijalankan untuk bekerjasama dengan Kerajaan

Negeri dalam mempromosikan dan menjayakan misi serta visi Tahun Melawat Melaka

(TMM) 2024.


Karnival yang diperkenalkan kali ini akan menjadi penanda aras bagi penganjuran TMM

pada tahun 2024. Ini merupakan usaha berterusan bagi mempergiatkan sektor pelancongan dalam memperkenalkan kualiti produk dan mengutamakan perkhidmatan yang mesra kepada pelancong.


KUAM 2023 ini mengandungi pertunjukan dan pameran dengan pelbagai jenis pesawat

yang membabitkan tujuh badan beruniform, 27 pesawat kecil dari kelab penerbangan, enam paramotor dan satu pesawat microlight.


Nadi Bangi sempat menemubual beberapa pengunjung terhadap karnival tersebut.

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Amirul Ridzuan, 45, berkata dia sekeluarga amat berbesar hati kerana mereka berpeluang untuk menyaksikan persembahan yang

mengagumkan.


“Anak saya Sarah dan Johari sangat suka akan pertunjukan pajung terjun dan satu lagi

aerobatik pesawat yang dipersembahkan oleh pasukan payung terjun dan abang juruterbang itu. Ini pertama kali saya tengok persembahan yang kagum dengan jarak dekat sekali,” katanya.


Selain pertunjukan dan pameran yang dipersembahkan, terdapat juga penyertaan dalam aktiviti yang disediakan iaitu pertandingan fotografi, pertandingan TikTok dan pertandingan mewarna yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Pihak penganjur karnival juga menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pemenang pertandingan.


Menurut seorang pengunjung yang bernama Bryan, 22, berkata dia sanggup datang ke

karnival ini walaupun dia tinggal berjauhan dari tempat karnival ini.


“Saya sudah pergi ke karnival ini pukul 11 tetapi masih tiada tempat untuk parkir kereta, oleh itu saya terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan parkir Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).


“Nasib baik adanya perkhidmatan Shuttle Bus yang disediakan untuk menghantar kita

semua pergi ke sana. Saya rasa perkhidmatan ini sangat mesra untuk orang tua kerana

bapa saya berpeluang untuk pergi ke sana tanpa jalan berkilometer jauh,” katanya.


Karnival ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan yang mesra kepada pengunjung terutamanya warga emas dan kanak-kanak. Kewujudan Bas Perantara “Shuttle Bus” mendatangkan kesenangan kepada para pengunjung sepanjang tiga hari program KUAM 2023 ini.


Menurut pengunjung iaitu Theressa Gan, 31, juga menyatakan bahawa dia berasa sangat teruja dan gembira kerana kewujudan aktiviti joyride dengan helikopter merupakan antara acara yang paling menarik dalam karnival tersebut.


“Ini merupakan kali pertama saya menaiki helikopter tetapi saya rasa sangat teruja dan pada masa yang sama rasa sangat takut kerana berada di atas udara yang setinggi 5,000 kaki.


“Saya berasa harga penerbangan itu dikira berbaloi iaitu harganya RM270 bagi seorang

yang selama 10 minit kerana saya dalam keadaan hargai dan nikmati masa tu semasa

menaiki helikopter.” katanya.


Terdapat seorang lagi pengunjung yang bernama Andrew Sim, 32, berkata dia sudah

bekerja di Singapura selama tujuh tahun. Melalui karnival ini, dia dapat mengambil

kesempatan ini untuk perjumpaan semula dengan ahli keluarganya.


“Saya amat hargai waktu ini untuk bawa ahli keluarga saya datang sini sebagai tanda hargai ibu bapa kerana saya sudah lama tak balik ke Melaka sebab nak kumpul duit untuk menyara ibu bapa. Lagipun mereka dah semakin tua, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membalas jasa dan banyak menemani mereka.” katanya.


Dengan adanya kewujudan program KUAM 2023 ini telah menimbulkan atau mencipta

kenangan manis secara tidak langsung kepada para pengunjung. Mereka dapat memanfaatkan masa ini untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dan mesra dengan keluarga mereka.

275 views12 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page