top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kumpulan Muzik Indie Teman Lelaki Bakal Terbit Album Pertama Hujung 2024

Updated: Jan 30

Penulis: Nur Farzana Uyub

Penyunting: Amir Aiman Rosli



Sumber Foto: Instagram @temanlelakii


PUTRAJAYA, 18 Dis - Kumpulan Teman Lelaki akan mengeluarkan album pertamanya yang berjudul ‘Lantera’  pada hujung tahun 2024.


Teman Lelaki merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2020 dan terdiri daripada 3 ahli iaitu Eidi, Hafiz dan Syamel. Mereka yang berasal daripada Perak ini membawa genre muzik indie berkonsepkan cinta, keluarga dan kedamaian dari pengalaman yang dilalui. Mereka juga pernah tersenarai sebagai finalis Anugerah Juara Indie 2020 sebaris dengan kumpulan-kumpulan hebat yang lain.


Menurut Eidie, Vokalis, pada malam 17 Disember lagu Lantera telah dikeluarkan pada showcase Malam Pertama Teman Lelaki sebagai promosi album terbarunya pada hujung tahun hadapan sekiranya menerima modal yang mencukupi. 


“Hari ini, 17 Disember, Malam Pertama Teman Lelaki, kami keluar juga lagu Lantera untuk mempromosikan album Lantera tahun hadapan. InshaAllah, hujung tahun kalau modalnya mantap”, katanya.


Pelbagai elemen kejutan yang akan dibawa pada album pertama ini. Menurutnya,  dia akan menjadi pelakon utama dalam music video yang dikeluarkan. Baginya, ini merupakan pendorong untuk memaparkan wajahnya dan ahli Teman Lelaki yang lain. 


“Pada asalnya lagu pertama saya yang akan lakonkan, jadi saya jadi pelakon utama selepas ini. Sebab masa untuk saya keluarkan muka, daripada keluarkan orang lain baik saya jual muka saya dan untuk teman lelaki juga”, katanya lagi.


Tambahan itu, menurut Alif, penyanyi vokal sampingan atau adik kepada Eidi (Vokalis), dia juga menyatakan penggunaan kosa kata meluas dalam lirik lagu menjadi elemen kejutan buat peminat. Ini akan membuatkan peminat tertunggu-tunggu dan mahu mempelajari perkataan baharu kerana ramai yang ingin kembali kepada zaman klasik.


“Bagi saya Teman Lelaki penuh dengan kosa kata yang meluas, saya rasa peminat akan expect dan tertunggu-tunggu dengan perkara itu. Mungkin belajar dengan perkataan-perkataan yang mereka tak pernah dengar. Sekarang semua nak kembali kepada klasik” katanya.


Selain itu, dia juga menyatakan bahawa keistimewaan album ini kerana salah satu senarai lagu  yang dikeluarkan dicipta oleh bapanya sendiri iaitu Tajul Idrus. Baginya, dia adalah seorang pengkarya namun juga pendidik yang telah bersara di sebuah universiti di Malaysia.


“Bagi akulah keistimewaan lagu itu dicipta oleh bapa kami. Tajul Idrus adalah seorang pengkarya saya boleh katakan dan dia juga seorang pendidik di sebuah universiti yang sudah bersara” katanya.


Dalam pada itu, menurut Edie lagi Showcase Malam Pertama Teman Lelaki ini dilakukan bagi mengangkat kumpulannya dan penyanyi lain yang rela hati untuk membantu showcase ini. Dia juga berharap agar peminatnya mendoakan terbaik buat mereka yang akan mengeluarkan album terbaru tahun hadapan kerana mahu lebih ramai menggenali mereka dan boleh mencipta lagu lain pada tahun akan datang.


“InshaAllah doakan yang terbaik, semoga tahun akan datang kami dapat keluarkan album. Sebab kami nak keluarkan, kami tak mahu simpan lama-lama. Bagi orang luar kenal Teman Lelaki macam mana. So, tahun hadapan kami dapat buat barang baru, sampai bila kami nak simpan kan” ulasnya.

22 views3 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page