top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Lanjutan Online Class Undang Reaksi Pelajar IPT

Updated: Jul 23, 2020

Oleh: Fatihah Roslan Penyunting: Farahin Fadzil

Sumber: laman web WSJ.com


BANGI, 2 Jun- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengisytiharkan bahawa segala aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020 sebagai salah satu langkah dalam membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada 16 Mei yang lalu telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus IPT semasa dan pasca PKP. Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang meminta agar semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk melaksanakan kuliah secara dalam talian telah menimbulkan pelbagai reaksi pelajar IPT awam mahupun swasta. Berikutan dengan kenyataan KPT ini, Nadi Bangi memetik sumber dari Twitter @fariidshah berharap agar kerajaan dapat membantu para pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan data bagi meneruskan aktiviti pembelajaran secara atas talian. “Aku harap kerajaan dapat bantu student yang tidak berkemampuan beli data internet sampai 31 Disember”, katanya. Pengguna laman sesawang Twitter @sleepydeena pula memohon agar yuran pembelajaran dikurangkan. Beliau memuat naik satu tweet yang berbunyi, “Tolonglah suarakan aduan kami pelajar uni kepada pihak yang sepatutnya. Online class sampai 31 Disember tapi setiap sem kena bayar 3k++. “Yang berkemampuan tak ada masalah, yang parents tak boleh kerja tu kesian nak bayar fees”, ujar pengguna Twitter tersebut. Manakala, pengguna Twitter @fatnaaduncare pula menyuarakan persetujuan beliau terhadap perlaksanaan kuliah secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. I’m so okay with online learning. Nothing is wrong if buat kerja awal waktu and I’m grateful sebab online class sampai Disember.” Aktiviti akademik yang dijalankan di kampus bagi golongan pelajar terkecuali pula dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial bagi mengelakkan sebarang penularan wabak berlaku di kawasan kampus.

19 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page