top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Larangan Rentas Negeri Diteruskan

Oleh:Fitri Azman

Penyunting: Hasina Aziz


Sumber : internet


PUTRAJAYA, 22 Mei - Pemberitahuan mengenai larangan merentas negeri telah diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan kecuali disebabkan hal kecemasan atau kerja dan ianya perlu mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM )


Larangan merentas negeri ini telah menjadi isu yang hangat kerana dikaitkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tidak dinafikan memang sukar untuk beraya tanpa ahli keluarga terutama kepada individu bujang yang sememangnya mengharapkan dapat pulang ke kampung halaman. Namun begitu, pengorbanan harus dilakukan supaya negara bebas daripada wabak yang berbahaya iaitu Covid-19 yang sehingga kini belum dapat ditemui vaksinnya.


Pihak Nadi Bangi sempat menemu bual Fauziah binti Ismail, 55 berkata “sangat sukar untuk menyambut hari raya tanpa kepulangan anak-anak dan cucu pada tahun ini. Apakan daya demi memastikan Malaysia selamat dan bebas daripada Covid-19, saya redha dan hanya mampu beraya di alam maya bersama-sama keluarga tercinta”


“Semestinya jutaan rakyat Malaysia pada tahun ini berasa amat sedih kerana tidak dapat beraya bersama keluarga dikampung. Tetapi kita mempunyai kemudahan media sosial yang dapat menghubunhkan antara kita dan juga keluarga tercinta seperti video call, skype, facetime dan sebagainya. Hal ini dapat mengurangkan sedikit rasa rindu kepada keluarga tercinta”. Kata Athirah Azhar 22,kepada Nadi Bangi.


Azmi bin Ismail 52, penduduk kampung yang sempat ditemu bual pula berkata, “sememangnya berat hati ini untuk menerima kenyataan tidak boleh merentas negeri terutamanya ketika sambutan perayaan Aidilfitri. Tetapi demi memastikan Malaysia mencapai tahap negara bebas daripada wabak Covid-19 ini, kita seluruh rakyat Malaysia perlu kuat dan bersatu padu dalam menjayakan hasrat negara demi keamanan kita bersama”


Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan demi keamanan seluruh rakyat Malaysia. Penulis yakin bahawa Malaysia mampu melawan wabak Covid-19 yang kini melanda diseluruh dunia.

7 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page