top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Luqman Podolski Bakal Tampil Album Baharu Tahun Hadapan

Penulis: Mohamad Asyraf Ishak

Penyunting: Ahmad Naufal Azmi Mustafa


Sumber: Irfan Adli



BANGI, 26 Nov – Berita gembira buat peminat Luqman Podolski apabila album baru yang sudah lama dinantikan peminat bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.


Luqmanul Haqim, 25 atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Luqman Podolski mendedahkan bahawa dia akan mengeluarkan album baharu pada tahun hadapan.


“Berkenaan album baharu itu, Insyallah tahun depan. Album saya sudah hampir selesai untuk didendangkan di platform penstriman digital dan radio, tetapi ianya masih dalam proses rakaman kerana saya turut bersolidariti untuk menyokong Palestin bagi menghormati dan memberi laluan kepada isu ini. ” jawabnya sewaktu sesi temu bual sebaik sahaja beliau tamat persembahannya di Karnival Konvokesyen (KARKON) Ke-51 Universiti Kebangsaan Malaysia.


Tambahan itu, dia juga membuat keputusan penangguhan kerana merasakan pengeluaran album tersebut dapat memberi impak kepadanya serta mengingatkan dirinya terhadap kesusahan yang dilalui oleh para pejuang di Palestin. Oleh itu, dia berharap agar peminat terus bersabar.


“Isu ini sedikit sebanyak memberi impak kepada diri saya sepanjang rakaman lagu untuk album terbaru saya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi, tetapi saya selalu mengingatkan diri saya jika saudara seislam kita boleh bersusah payah menjaga arah kiblat kita, kenapa tidak saya berkorban sedikit untuk menangguhkan pengeluaran album saya.


“Saya membuat keputusan untuk menangguhkan pengeluaran album terbaru saya ini, jadi saya berharap peminat saya dapat bersama-sama bersabar menantikan keluaran album ini sebagai tanda perjuangan kecil untuk Palestin,” katanya.


Single yang dikeluarkan olehnya baru-baru ini yang bertajuk “Sudah Kahwin ke Belum” digandingkan bersama Bunga mendapat sambutan hangat oleh peminat sehingga mencecah 717,719 ribu penstriman di Spotify serta 519,126 ribu tontonan di YouTube pada 29 september yang lalu di bawah label Black Hat Cat Record.


Tambahan itu, dia juga meluahkan rasa berpuas hati terhadap pengurusan KARKON UKM kerana memiliki kelengkapan yang berkualiti dan memudahkan untuk melakukan persembahan.


“Walaupun saya tidak dapat hadir bagi sesi soundcheck oleh disebabkan saya berada di USM Pulau Pinang, saya terkejut dengan kualiti sound system yang disediakan oleh pihak pengurusan, semuanya serba lengkap bagi memudahkan saya untuk membuat persembahan.


“Bukan sahaja sound system yang mencapai piawaian untuk seseorang artis membuat persembahan, bahkan pengurusan dari segi kebajikan artis jemputan saya juga dijaga rapi, seperti yang saya lihat bukan saya sahaja artis yang dijemput pada malam ini, terdapat beberapa lagi artis yang lebih terkenal dari saya, tetapi tiada kecelaan dari pihak pengurusan untuk memastikan kebajikan kami terjamin,” katanya.


Namun begitu, dia juga mengkritik suasana penonton yang skema kerana kedudukan penonton yang ditetapkan untuk duduk oleh pihak pengurusan. Ini kurang memberi aura kepada dirinya.


“Tapi arrangement crowd sedikit skema, kerana pada saya, untuk saya memberikan aura yang semangat dalam persembahan, saya juga memerlukan aura tersebut daripada penonton, tetapi mereka semua duduk bukan berdiri jadi, ianya sedikit janggal bagi saya, tetapi dengan penuh hormat, saya mengikuti segala aturanpenganjur untuk mengelak sebarang kontroversi berlaku.

23 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page