Nadi Bangi
Macron Dikecam Umat Islam Seluruh Dunia
Wartawan : Nabilah Abdul Rahman
Penyunting : Nur Anis Shafeera

Sumber : Twitter
Tindakan Macron membela Charlie Hebdo dan Samuel Paty telah mengundang provokasi terhadap umat Islam seluruh dunia. Antaranya Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah mempersoalkan tahap mental Macron serta menyeru rakyatnya agar memboikot barangan dan produk daripada Perancis
Menurut South China Morning Post, seorang ahli perniagaan di Turki telah mengatakan bahawa beliau akan memboikot barangan Perancis kerana ia adalah kewajipan dalam dirinya untuk membela Nabi Muhammad SAW.
Bukan sahaja Turki tetapi Kementerian Luar Negeri Indonesia (KEMLU) juga mengecam tindakan Macron yang tidak menghormati komuniti Islam seluruh dunia dan menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak seharusnya mencabul kehormatan, kesucian dan simbol sesebuah agama, menurut CNN Indonesia.
Mohd Azmi Bin Abdul Hamid iaitu Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengatakan “Bukan Islam yang sedang dalam krisis, tetapi Perancis, dan inilah yang sebenarnya perlu dibincangkan.'' Bahkan Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Macron sebagai seorang yang sangat “primitive” kerana telah menyalahkan umat Islam dalam kes pembunuhan tersebut.
Kecaman tersebut dibuat kerana Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah menempelak seluruh umat Islam dengan mengatakan Paty dibunuh kerana Islam mahu mengambil alih masa depan Perancis dan mempertahankan tindakan Samuel Paty. Emmanuel Macron telah membuat satu kenyataan yang memberi kesan negatif terhadap 2 billion penganut agama Islam di seluruh dunia.
Macron telah menyerang masyarakat Muslim seluruh dunia dengan mengatakan bahawa umat Islam adalah pemisah dalam sesuatu negara. Macron juga menambah bahawa Islam adalah sebuah agama yang mencipta krisis dan menimbulkan masalah kepada seluruh masyarakat dunia, katanya melalui petikan daripada Anadolu Agency di Turki.
Presiden Perancis itu dikecam kerana mempertahankan tindakan seorang guru, Samuel Paty menunjukkan kartun yang dilukis oleh Charlie Hebdo yang dikatakan sebagai Nabi Muhammad SAW di dalam kelasnya telah menyebabkan dirinya dibunuh oleh seorang pemuda Islam dari Moscow, Rusia pada 16 Oktober lalu. Samuel Paty dikatakan sedang mengadakan debat di dalam kelasnya bberkaitan kebebasan bersuara dengan mengetengahkan karikatur ciptaan Charlie Hebdo apabila Charlie telah menerbitkan kembali kartunnya September lalu.
Ekoran kejadian tersebut jutaan umat islam di seluruh dunia mengecam tindakan beliau termasuk umat Islam di Malaysia.