top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Mahathir Dibuang Bersatu

Oleh: Yazlin Farina

Penyunting: Amy Ting

Sumber: Astro Awani

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah dihentikan keahliannya secara serta-merta setelah duduk di kerusi pembangkang dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020 yang lalu. Menurut Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya, keahlian Tun Dr Mahathir terhenti kerana telah melanggar Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) . Selain Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut terlucut keahlian mereka dalam Bersatu. Memetik petikan dari artikel Astro Awani, Setiausaha Agung Parti Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir bukan lagi Pengerusi Parti Bersatu ketika sidang media di Ibu Pejabat PPPB pada Jumaat lalu. “Saya ingin menegaskan bahawa kelima-lima mereka tidak dipecat daripada parti, namun keahlian mereka telah terhenti kerana melanggar perlembagan parti”, katanya. Rushdi Salleh, 54, Hasnah Mohd, 49 dan Zaipah Deraman, 36, juga bersetuju bahawa kelima-lima individu ini wajar dilucutkan keahlian di dalam parti kerana secara jelas melanggar perlembagaan parti, ketika diujar oleh Nadi Bangi. Rushdi berkata, “Bagi saya, keahlian mereka memang wajar terhenti kerana mereka dilihat telah melanggar perlembagaan parti mereka secara sengaja dengan duduk di kerusi pembangkang”. Hasnah pula berkata, “Mereka berlima tidak sepatutnya melanggar perlembagaan parti Bersatu dari awal dan tidak boleh menyalahkan orang lain jika tindakan seperti keahlian mereka terlucut berlaku”. “Keahlian Tun dan yang lain memang patut dilucutkan kerana mereka secara terang-terangan tidak dapat mengikut perlembagaan parti yang sudah ditetapkan dan mereka juga dilihat sengaja menunjukkan kehebatan mereka dalam Bersatu sehingga sanggup duduk di kerusi pembangkang”, kata Zaipah.

9 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page